KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ”Beri Pencarum Peluang Terakhir”

Pengeluaran khas KWSP 2.0 sedang hangat diperbicangkan sejak kebelakangan ini, ada yang bersetuju ada yang tidak bersetuju perlaksanaan kali ini. Ramai pencarum mengharapkan agar perlaksanaan pengeluaran khas ini dapat diluluskan.

PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0 , LUAHAN PENCARUM

Berdasarkan data maklumat yang didapati, seramai kira-kira 6.1 juta pencarum hanya mempunyai jumlah simpanan di bawah RM10,000. Namun rata-rata dari mereka menaruh harapan agar pihak kerajaan membenarkan pengeluaran khas kali terakhir untuk membantu menampung kelangsungan hidup. Ramai yang terkesan disebabkan ketidak stabilan ekonomi domestik pada waktu ini.

Seorang pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Yosselendra Daimi Akhbar berumur 42 tahun. Dia amat bersetuju jika pihak kerajaan membenarkan pengeluaran khas KWSP sekali lagi untuk pencarum yang memerlukan.

Menurut beliau “Kami (pencarum) bukannya saja-saja menginginkan pengeluaran ini diluluskan, situasi saya yang telah mencapai umur 40 tahun ini sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap apa lagi pencarum lain.

”Oleh kerana faktor usia yang telah lanjut, banyak perusahaan tidak ingin mengambil pekerjaan lanjut umur. Ini antara sebab saya memilih bekerja sendiri sebagai penghantar barang dan perlu bekerja lebih masa untuk memperoleh pendapatan tambahan.

”Sumber pendapatan ini untuk saya gunakan bukan sahaja kelangsungan hidup malah menampung tanggungan keluarga. Bukan saya sahaja, ramai pencarum yang sedang terkesan dan memerlukan, ada juga yang ingin pengeluaran khas ini bagi melangsaikan hutang.

”Jika diberi peluang terakhir pengeluaran khas KWSP, saya akan gunakan peluang ini dengan sebaiknya dengan cara jadikan modal perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ini adalah luahan dari Encik Yosselendra yang sudah mencarum KWSP sejak dari tahun 1999 sehingga 2010.

E-PENGELUARAN KWSP

Untuk yang terlepas pandang, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan e-pengeluaran. Kemudahan ini bagi ahli yang ingin membuat pengeluaran untuk tujuan peribadi yang tersedia. Untuk semakan maklumat penuh, sila layari pautan rasmi e-pengeluaran KWSP –DI SINI

INFO LANJUT

Pada tahun ini, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai bagi rakyat Malaysia yang memerlukan terutama kumpulan B40 dan miskin. Untuk semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 yang layak untuk anda mohon, sila – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button