BANTUANSTR

Bantuan STR Fasa 2 : Semak Kategori & Tarikh Bayaran

Bantuan STR Fasa 2 akan diberikan selepas pembayaran fasa 1 untuk seluruh rakyat Malaysia yang layak pada tahun 2023. Untuk makluman umum, bayaran bagi Sumbangan tunai rahmah (STR) fasa 1 telah bermula pada 17 Januari 2023 secara berperingkat mengikut bank dan tebus di kaunter.

Pemberian sumbangan tunai rahmah ini telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan padad tahun 2023. Inisiatif berbentuk bantuan tunai ini diberikan kepada rakyat Malaysia terutama golongan B40.

Seperti bantuan tunai tahun lalu iaitu BKM, pemberian STR tahun ini turut akan diagihkan secara berfasa dimana kadar jumlah bantuan dan kategori penerima akan sedikit berbeza mengikut fasa.

STR FASA 1

Untuk makluman, pihak kerajaan telah mengumumkan jumlah bayaran dan kategori penerima bagi STR fasa 1. Kategori yang telibat adalah bujang (RM100) warga emas bujang (RM100) dan isi rumah (RM300).

Kadar bayaran ini bukanlah jumlah keseluruhan, bayaran akan diberikan lagi pada fasa berikutnya. Jadual pembayaran STR fasa 1 bermula 17 Januari 2023 seluruh negara. Untuk sedia maklum, maklumat STR berdasarkan BKM 2022. Ini bermaksud penerima bantuan terdahulu layak menerima STR 2023.

STR FASA 2

Bagi pembayaran Sumbangan tunai rahmah (bantuan STR fasa 2) pula, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak kerajaan. Namun dijangkakan kategori isi rumah akan menerima bayaran fasa 2 dengan kadar jumlah bayaran yang akan diumumkan.

Bagi tarikh pula, dijangkakan akan diberikan selewatnya sebelum pertengahan tahun ini. Kerana mengikut pembayaran bantuan tunai tahun lalu, jarak bayaran fasa 1 dan 2 adalah selang 3 bulan. Segala maklumat terbaru berkenaan STR akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

SEMAKAN STATUS & KEMASKINI MAKLUMAT STR

Untuk makluman umum, bermula 17 Januari pihak kerajaan telah membuka portal rasmi MySTR. Untuk yang ingin membuat semakan status dan kemaskini maklumat jika mempunyai sebarang perubahan, sila layari pautan rasmi MySTR – DI SINI

Berkemungkinan permohonan baru dan rayuan bagi mereka yang tidak layak akan dibuka sebelum bayaran fasa 2 nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, selain daripada pemberian STR ini terdapat bantuan yang boleh didapatkan oleh rakyat Malaysia yang berkelayakan memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon –SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button