BANTUANFasa 2STR

Kategori Penerima STR Fasa2 Tahun 2023

Kategori penerima STR fasa2 akan menerima pembayaran seterusnya selepas selesai pembayaran fasa 1. Untuk sedia maklum, pembayaran bagi bantuan sumbangan tunai rahmah (STR) fasa 1 sedang diberikan bermula pada tarikh 17 Januari 2023.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR 2023)

Program pemberian bantuan STR ini adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah diperkenalkan pada tahun ini untuk rakyat Malaysia terutama bagi golongan B40. Seperti sedia maklum, bantuan tunai ini sama seperti bantuan BKM tahun lalu, yang dimana pemberian dilakukan secara fasa (berperingkat).

Pada tahun ini, perkara gembira bagi rakyat adalah jadual bayaran bantuan STR telah diawalkan. Pemberian disalurkan pada bulan Januari berbanding bantuan tunai tahun lalu pada bulan Mac. Pembayaran STR fasa 1 diberikan kepada kategori bujang, warga emas dan isi rumah dengan kadar sebanyak RM100 dan RM300.

KATEGORI PENERIMA STR FASA2

Selepas selesai STR fasa 1, pasti ramai yang ternanti-nanti maklumat berkenaan STR fasa 2. Dijangkakan tiada perubahan kategori untuk pemberian bayaran fasa 2, tetapi pada kadar bayaran akan berbeza. Setakat ini yang pasti kategori isi rumah akan diberikan bayaran seperti berikut :

  • Status berkahwin
  • Pasangan mempunyai anak
  • Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan anak
  • Pendapatan bulanan dibawah RM5,000.

Bagi tarikh bayaran, dijangkakan pembayaran fasa 2 STR akan diberikan selewatnya pada sebelum pertengahan tahun ini. Segala maklumat terbaru akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

SEMAKAN MAKLUMAT DAN KEMASKINI

Untuk makluman, bermula 17 Januari 2023, pihak kerajaan telah membuka portal rasmi MySTR. Dimana rakyat Malaysia sudah boleh membuat semakan status dan kemaskini maklumat jika mempuyai sebarang perubahan.

Dijangkakan, sebelum fasa 2 STR akan dibuka bagi permohonan baru dan rayuan permohonan. Untuk semakan status kelayakan, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Sementara menunggu pengumuman mengenai STR fasa 2, terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 yang berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button