Bantuan Lesen Memandu 2023 ~ Semak Kelayakan
Bantuan lesen memandu 2023 adalah merupakan inisiatif yang bakal dilaksanakan untuk kumpulan belia & b40 pada tahun ini. Dalam usaha pihak kerajaan membantu rakyat yang memerlukan, terdapat pelbagai insiatif bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini.
Salah satu bantuan yang telah diperkenalkan adalah inisiatif bantuan lesen memandu 2023. Di bawah telah disediakan maklumat ringkas berkenaan bantuan khas ini.
PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU 2023
Untuk sedia maklum, semasa pembentangan Bajet 2023 di dewan rakyat pihak kerajaan bersetuju untuk membantu secara menanggung bayaran lesen memandu di bawah program MyPSV. Tambahan menanggung bayaran lesen memandu motosikal kelas b2 pada tahun ini.
Program khas ini telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang BAJET 2023 dan dikenali sebagai program bantuan MyPSV untuk para belia b40 tahun ini.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan bagi bantuan lesen memandu dibawah program MyPSV seperti dibawah :
- Warganegara Malaysia
- Golongan belia b40.
OBJEKTIF BANTUAN
Untuk makluman, tujuan perlaksanaan program MyPSV ini adalah bagi membantu golongan belia b40 yang sedang atau bakal menjana pendapatan melalui perkhidmatan kerja membawa penumpang. Seperti bas, teksi dan e-hailing pada tahun ini.
Secara tidak langsung kerajaan turut dapat meningkatkan perkembangan ekonomi domestik (dalam negara) dari aspek pengangkutan awam. Tambahan dengan adanya program bantuan ini sedikit sebanyak membantu golongan belia menjana pendapatkan dalam bidang perkhidmatan awam.
Pihak kerajaan persekutuan bersetuju untuk menanggung kos kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu bagi kategori lesen Bas, e-hailing dan teksi.
CARA MOHON
Untuk sedia maklum, buat masa ini masih belum ada kenyataan rasmi berkenaan cara permohonan bantuan mypsv ini. Diharapakan pihak kerajaan akan mengumumkan perlaksanaan bantuan ini pada kadar secepat yang mungkin. Agar para belia dapat menjana pendapatan dari sektor perkhidmatan membawa penumpang.
Segala maklumat terkini berkenaan program Mypsv bantuan lesen memandu ini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.
INFO LANJUT
Selain daripada bantuan mypsv ini, terdapat lebih banyak bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2023. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan di laman utama – SEMAK DISINI sebagai rujukan.