Bantuan tunai rakyat adalah merupakan inisiatif bantuan berbentuk kewangan. Ia baru diumumkan bagi menggantikan bantuan tunai sebelum ini iaitu BSH, BPR dan BKM. Untuk sedia maklum, program bantuan ini akan dilaksanakan pada tahun 2023. Secara tidak langsung ini adalah merupakan berita gembira terutama bagi golongan b40 dan miskin tegar.
BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023
Bagi sedia maklum, program BTR ini adalah bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun 2023. Program bantuan ini bagi meringkan beban kos sara hidup rakyat pada tahun hadapan.
Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang menyuarat penggal pertama parlimen ke 15 di dewan rakyat (20 Disember 2022). Dihalaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan bantuan tunai rakyat untuk semakan umum.
KADAR DAN KATEGORI BANTUAN
Untuk sedia maklum, perlaksanaan bantuan BTR fasa 1 akan mula disalurkan pada awal bulan Januari 2023 secara berperingkat. Kadar jumlah bantuan telah diumumkan iaitu RM300 kepada kategori ketua isi rumah (berkeluarga) dan RM100 kepada kategori bujang.
Bantuan ini pada permulaan dijadual mula diberikan pada bulan Mac 2023, namun disebabkan beberapa faktor dan memfokuskan membantu golongan yang memerlukan. Jadual pembayaran telah dipercepatkan pada bulan Januari 2023.
Untuk pengetahuan buat masa ini jumlah penuh bayaran BTR ini belum dinyatakan. Dijangkakan maklumat pemuh berkenaan bantuan tunai rakyat ini akan diberitahu pada sidang BAJET 2023 yang dijadualkan pada bulan Januari nanti.
JADUAL BAYARAN BTR FASA 1
Untuk makluman, pembayaran bantuan BTR fasa 1 akan disalurkan pada awal bulan Januari 2023 secara kredit ke akaun penerima secara berperingkat.
Untuk makluman, bantuan BTR ini sama seperti bantuan tunai terdahulu. Pihak kerajaan melaksanakan bantuan ini bagi mereka yang memerlukan terdiri dari kumpulan B40 dan miskin. Segala maklumat terkini mengenai bantuan tunai rakyat ini akan kami kemaskini dari semasa ke semasa untuk umum.
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada bantuan baru BTR , terdapat lebih banyak bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan kewangan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.