Baru-baru ini, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau dikenali umum sebagai RISDA telah memperkenalkan sebuah insentif bantuan kewangan yang dikenali sebagai Skim Insentiif Pelajar UCAM SIPU. Tujuan Bantuan Insentif ingin membantu meringankan bebab pembelanjaan kepada pelajar di bawah RISDA.
Kepada anak-anak warga dibawah kerja RISDA atau Syarikat Milikan RISDA atau Pesara berkerja di bawah RISDA yang mahu melanjutkan pengajian tinggi dan anak-anak Pekebun Kecil layak menerima bantuan insentif kewangan ini sebanyak RM 500 secara sekali bayar (one-off)
Cara Mudah Mohon
Kepada anda yang ingin memohon bantuan insentif ini permohonan boleh dibuat dengan cara mengisi borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA 2022 dan anda boleh muat turun borang pada Laman Rasmi RISDA di SINI
Anda diwajibkan mengisi lengkap maklumat pada borang permohon dan sertakan dokumen-dokumen seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (IC) Bapa dan Ibu atau Penjaga yang sah rasmi
- Salina Kad Pengenalan (IC) pelajar/pemohon
- Pengesahan penyata gaji atau pengesahan pendapatan yang sah
- Surata tawaran belajar
- Kad Pesara atau Kad Pekerja (Warga RISDA/ Pesara /SMR)
- Sebarang dokumen kelulusan – Pekebun kecil
- Resit bayaran kemasukan UCAM -Pengajian
Selepas anda mengisi lengkap borang dan telah sediakan dokumen yang berkenaan, anda boleh menghantar terus ke Pejabat RISDA yang berhampiran anda atau mana-mana Pejabat RISDA untuk tujuan pengesahan permohonan.
Syarat Kelayakan Bantuan
- Bantuan ini di utamakan kepada anak pekebun kecil
- Pendapatan Isi Rumah (IR) di bawah RM 4850 sebulan
- Telah melaporkan diri di UCAM
- Pelajar tahun pertama semester satu sahaja
- Anak kepada pekerja RISDA / pekerja SMR / Pesara RISDA
- Peringkat diploma, Asasi, Ijazah pertama dan Sijil Sahaja
Permohonan di buat dlam tempoh 3 bulan dari pendaftaran pengajian.
Jika anda ada kesulitan atau pertanyaan tentang bantua ini, anda boleh terus menghubungi terus Pihak RISDA di laman Portal Rasmi.
NOTA: Jika anda ingin mengetahui Senarai Bantuan- bantuan tahun 2022 boleh terus membaca di SINI