PR1MARUMAH

Rumah PR1MA Mampu Milik ~ Panduan Daftar Permohonan

Rumah PR1MA ini adalah merupakan sebuah program Perumahan Rakyat 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Program perumahan ini diadakan adalah bagi tujuan membantu rakyat yang mempunyai pendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri yang selesa dengan harga yang berpatutan.

PERUMAHAN PR1MA

Program ini ditubuhkan bagi membangunkan kediaman dengan struktur moden , selesa dan berkualiti tinggi. Menerusi statistik data, ramai yang telah berjaya mendapatkan rumah PR1MA ini pada tahun-tahun sebelum ini.

Bagi individu yang masih mencari rumah sendiri pertama, anda amat disarankan untuk memohon rumah PR1MA ini. Pada kadar harga yang amat berpatutan, sangat berbaloi untuk mendapatnya. Di bawah telah disediakan maklumat lengkap berkenaan Rumah PR1MA.

Selain daripada program rumah PR1MA ini, terdapat lebih banyak program perumahan mampu milik. Untuk semakan program perumahan yang bersesuaian dan berkemampuan untuk anda dapatkan, sila ke laman utama – SEMAK DISINI

SYARAT KELAYAKAN PR1MA

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan, sila semak sebelum membuat permohonan supaya proses semakan berjalan lancar.

  • Terbuka untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan bulanan pemohon sekitar RM 2,000 hingga RM 15,000
  • Individu yang berumur 21 tahun dan keatas.
  • Golongan yang tidak mempunyai aset rumah lebih dari 1

PANDUAN PERMOHONAN PR1MA

Langkah panduan bagi permohonan rumah PR1MA telah disediakan seperti berikut.

PENDAFTARAN

  • Langkah pertama anda perlu mendaftar. Sila layari portal rasmi PR1MA – DI SINI
  • Sila pastikan borang pendaftaran anda lengkap di isi
  • Pemohon akan menerima nombor rujukkan. Nombor tersebut boleh disimpan untuk rujukan PR1MA

PELANCARAN PEMBANGUNAN BARU

  • Pemohon akan diberitahu bagi setiap perlaksanaan pembangunan PR1MA baru dan lokasi yang anda pilih.

PERMOHONAN 

  • Jika anda telah berjaya mendaftar, sila log masuk untuk semakan perumahan PR1MA. Kerana kemasukan untuk undian tidak automatik
  • Sila hubungi rakan jualan yang telah dilantik bagi membuat pemeriksaan ketersediaan unit semasa.

INFO LANJUT

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perumahan PR1MA mampu milik ini. Jika anda mempunyai persoalan atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program Rumah ini, sila layari portal rasmi – DI SINI untuk rujukan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button