KWSPPengeluaran BersasarPengeluaran Khas

Keputusan Perlaksanaan Pengeluaran KWSP Bersasar

Keputusan perlaksanaan pengeluaran KWSP bersasar bakal diketahui selepas tamat pilihan raya umum ke 15. Ramai ahli menyokong KWSP secara bersasar ini terutama bagi golongan yang benar-benar memerlukan.

KEPUTUSAN PERLAKSANAAN PENGELUARAN KWSP BERSASAR

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan dalam manifesto Perikatan Nasional. Bahawa beliau akan melaksanakan pernilaian semula keatas pengeluaran KWSP bersasar jika parti Perikatan Nasional berjaya membentuk kerajaan selepas PRU- 15.

Menurut beliau, untuk merialisasikan perlaksanaan pengeluaran KWSP khas ini. Pihak berwajib perlu melihat jumlah simpanan para pencarum terlebih dahulu sebelum bersetuju melulus dan membenarkan pengeluaran khas bersasar ini.

Menerusi pengumuman wakil Perikatan Nasional itu juga telah memberitahu, apa yang penting adalah masalah rakyat yang dihadapi pada waktu ini amat penting untuk kerajaan dengar dan membantu. Ucapan tersebut telah diucap pada sidang sesi Townhall Majilis pelancaran Tawaran Terbaik PN Best.

Jika anda terlepas pandang, pada tahun 2022 pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis inisiatif khusus untuk golongan yang memerlukan terutama kepada B40 dan miskin tegari. Untuk semakan senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama – DI SINI

GELOMBANG #KWSP BERSASAR

Sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Gagasan Inovasi Rakyat telah melancarkan kempen secara besar-besaran iaitu hashtag KWSP Bersasar.

Hal ini bagi tanda sokongan bagi perlaksanaan pengeluaran khas ini dapat dilakukan sekurang-kurangnya pada tahun hadapan.

Sokongan rakyat terutama ahli KWSP amat diperlukan. Melalui media sosial dengan cara meletakan #KWSPBersasar di mana-mana platform seperti Facebook, Instagram dan sebagainya sebagai tanda sokongan anda.

Hal ini adalah bagi tujuan agar pertemuan rasmi dengan perdana menteri dapat dilaksanakan secepat mungkin. Untuk membincangkan perlaksanaan pengeluaran KWSP kali ini atau secara bersasar dapat dilancarkan.

MAKLUMAT LANJUT

Sementara menunggu keputusan perlaksanaan KWSP bersasar ini, anda boleh semak kemudahan pengeluaran khas KWSP yang lain. Terdapat pengeluaran lain yang anda boleh lakukan pada waktu ini seperti pengeluaran sebahagian, sepenuhnya dan untuk tujuan peribadi. Sila layari portal rasmi KWSP – DI SINI untuk semakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button