Baru-baru ini, seperti yang sedia maklum kepada masyarakat, Bantuan baru pada tahun ini (2022) iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diperkenalkan bagi menggantikan Bantuan untuk rakyat sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Dengan adanya bantuan BKM dari Pihak Kerajaan ini adalah sebahagian insentif yang dapat menampung pembelanjaan harian dan dapat meringankan beban rakyat pada tahun 2022.
Dalam Bantuan Keluarga Malaysia ini, terdapat kategori kelayakan dan salah satu kategori adalah kategori Bujang.
Syarat Kelayakan Kategori Bujang BKM 2022
- Syarat kelayakan had umur ialah 21 tahun sehingga 59 tahun
- Bujang / Bapa atau Ibu Tunggal / Balu / Duda atau Janda yang tidak punyai anak dan menepati syarat
- RM 2 500 dan ke bawah adalah syarat kelayakan pendapatan bujang
Cara Mudah Mohon / Kemaskini Bantuan Bujang 2022
Sekiranya rekod anda tiada dalam pengkalan data LHDNM, Permohonan baru Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) perlu dibuat. Manakala bagi penerima yang sudah ada rekod tetapi ada perubahan yang ingi ditukar boleh membuat semakan kemaskini dalam tempoh yang telah di tetapkan
Berikut adalah langkah mudah untuk permohonan baru dan kemaskini secara online :
- Masuki laman rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – SINI
- Tekan butang pada “Permohonan Baru”
- Isi dan lengkapkan maklumat yang di minta dalam borang permohonan baru tersebut
Kadar Bayaran Kategori Bujang 2022
Dalam Kategori Bujang BKM 2022, kadar bayaran bantuan adalah sebanyar RM 350 seorang. Manakala bagi kategori bujang ( Bapa / Ibu Tunggal) yang mempunyai anak, bayaran tidak sama sebaliknya mereka termasuk dalam kategori isi rumah dan layak wajib mendapatkan kadar bayaran tambahan BKM ( DI SINI )
Borang permohonan boleh dihantar terus ke cawangan seperti berikut :
- Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
- Mana-mana Cawangan LHDNM
- Pusat SEtelit
- Pusat Tranformasi Bandar (UTC)
- Pejabat Daerah
- Pejabat Residen
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
NOTA PENTING : Tarikh tutup permohonan baru dan Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia adalah pada hujung bulan 1 iaitu pada 1 Januari 2022
Jika anda ingin maklumat terperinci berkenaan Bantuan BKM 2022 sila rujuk ( DI SINI )
Dan jika ada sebarang maklumat baru tentang bantuan BKM , Pihak kami kan kemaskini maklumat dari semasa ke semasa.