IKRAM KPKTKerajaanRUMAH

Skim Rumah IKRAM KPKT 2022 : Panduan Daftar Permohonan

Pada tahun 2022, terdapat pelbagai inisiatif disediakan oleh pihak berwajib bagi membantu rakyat malaysia dari segi kemudahan dan bantuan kewangan. Salah satu kemudahan adalah program skim Rumah IKRAM 2022. Di halaman kali ini di kongsikan maklumat penuh berkenaan skim perumahan IKRAM KPKT.

Rumah IKRAM KPKT

Skim Program Rumah IKRAM ini telah diperkenalkan dari hasil usaha pihak Kerajaan dalam membantu penyediaan kediaman  yang selamat dan selesa khusus kepada Keluarga Malaysia pada tahun ini yang terkesan disebabkan pendemik yang melanda dan kehilangan tempat tinggal. Turut termasuk faktor lain iaitu seperti kehilangan pekerjaan dan tidak cukup pendapatan untuk membayar sewa rumah yang tinggi pada waktu ini.

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah IKRAM

Untuk makluman, di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Skim rumah ini terbuka kepada golongan B40 dan keluarga Malaysia
  • Individu / Pemohon wajib berumur 18 tahun dan ke atas semasa permohonan
  • Pendapatan isi rumah semasa bulanan RM 3,000 dan ke bawah
  • Pemohon dan pasangan wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Individu yang tidak memilik rumah, tempoh sewaan telah ditamatkan oleh tuan rumah dan sebagainya

Maklumat tambahan : Sekiranya anda ingin menyemak senarai bantuan atau kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini, sila sertai channel Telegram – DI SINI

Objektif Program Rumah IKRAM

Tujuan utama Program Rumah IKRAM KPKT dilaksanakan adalah seperti berikut :

  1. Dapat memberikan pelindungan kediaman melalui penyediaan kediaman yang selamat dan selesa kepada keluarga Malaysia yang telah kehilangan tempat tinggal akibat pendemik Covid-19.
  2. Memberi dan menyediakan kemudahan inisiatif melalui sewaan percuma selama 6 bulan pertama untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung keluarga Malaysia pada tahun ini.

Kadar Sewaan Secara Bulanan

Kadar sewaan bulanan Rumah IKRAM KPKT adalah seperti di bawah :

  • Sewaan serendah RM 124 setiap bulan.
  • Tempoh sewaan sehingga 2 tahun bersamaan 24 bulan.

Panduan Mohon Rumah IKRAM 2022

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan seperti diatas, anda boleh membuat permohonan secara online (Atas talian). Sila layari Portal Rasmi Rumah IKRAM KPKT – DI SINI

Anda perlu ikuti panduan permohonan di laman berikut dan sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan proses permohonan dijalankan.

Senarai Projek Rumah IKRAM 

Di bawah telah disediakan senarai projek perumahan PPR Rumah IKRAM KPKT seperti berikut :

  • PPR Kota Setar – Kedah
  • PPR Aman Jaya – Kedah
  • PPR Sinar Intan – Kedah
  • PPR Lembah Subang 2 – Selangor
  • PPR Kota Bharu – Kelantan
  • PPR Sungai Melana 2 – Johor
  • PPR Sentul Murni – Kuala Lumpur
  • PPR Gua Musang – Kelantan

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut berkenaan Rumah IKRAM KPKT ini, anda boleh terus hubungi talian khas Jabatan Perumahan Negara di – 03 8891 4475 atau secara e-mel ke alamat teduh@kpkt.gov.my.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button