Tahun 2022, inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan amat penting bagi sesetengah golongan dan individu yang sudah berkeluarga. Dengan adanya bantuan kewangan dapat mengurangkan bebanan pembelanjaan barangan keperluan harian.
Terdapat pelbagai pakej bantuan telah disediakan oleh pihak Kerajaan Pusat mahupun Negeri yang baru diperkenalkan dan ada juga yang telah lama sudah ada dan masih dilaksanakan pada tahun ini.
Salah satu bantuan yang masih diteruskan dan ramai yang terlepas pandang iaitu Bantuan SPPNK. Di bawah telah disediakan maklumat berkenaan bantuan ini yang sudah masuk fasa ke 2 pada tahun ini.
KADAR BANTUAN
Untuk makluman, kadar bantuan SPPNK ini adalah sebanyak RM 300 untuk penerima yang layak.
CARA MOHON
Untuk sebarang permohonan bantuan SPPNK Fasa 2 ini telah dibuka bermula 1 Ogos sehingga 15 November 2022. Permohonan boleh dibuat secara online, sila layari Portal Rasmi SPPNK – DI SINI
SYARAT KELAYAKAN
- Pemohon merupakan individu kelahiran negeri Kedah
- Bermaustatin serta menetap di negeri Kedah
- Pendapatan bulanan isi rumah RM 3,000 dan kebawah
- Permohonan dibuka untuk pelajar semester pertama kemasukan tahun 2022 sahaja
- Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran di mana-mana IPT dalam negara.
Maklumat Lanjut
Kepada anda yang terlepas pandang, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan pada tahun 2022. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI