i-SayangKWSP

Rasmi : Pengumuman Insentif Terbaru KWSP I-SAYANG

Tahukah anda, terdapat sebuah kemudahan insentif yang telah diumumkan dan bakal dilaksanakan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  pada tahun ini.

Selepas pengumuman program I-Lindung, skim yang akan dilancarkan akan datang tidak lama lagi adalah dikenali sebagai I-Sayang KWSP. Maksud program kemudahan I-Sayang ini adalah sebuah skim yang mana membolehkan para suami membuat caruman tambahan untuk para isteri.

Insentif I-Sayang KWSP

Untuk makluman, program I-Sayang merupakan sebuah kemudahan terkini yang bakal dilaksanakan oleh pihak KWSP. Program ini telah diumumkan kepada umum sejak bulan November 2021.

Objektif utama skim insentif I-Sayang KWSP ini adalah bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat terutama golongan wanita untuk menjamin simpanan pada masa akan datang.

Fungsi I-Sayang KWSP

  • Sebuah kemudahan caruman permindahan secara sukarela sebanyak 2% caruman KWSP ke dalam akaun para isteri
  • Seperti yang sedia maklum, Skim I-Sayang KWSP ini akan akan dilaksanakan bukan secara automatik tetapi dilakukan secara sukarela

Kadar Caruman I-Sayang

  1. Kadar caruman yang dibenarkan adalah serendah 2 peratus daripada caruman para suami bagi setiap bulan ke dalam akaun isteri
  2. Permindahan secara sukarela caruman dari akaun suami ke akaun isteri
  3. Selain itu, pihak KWSP turut mensarankan skim caruman lebihan yang secara sukarela yang mana ahli boleh meminta majikan masing-masing untuk meningkatkan caruman KWSP lebihan pada kadar 11 peratus berkanun.

Permohonan I-Sayang KWSP

Untuk makluman umum, masih belum ada kenyataan lanjut berkenaan cara permohonan program I-Sayang ini. Sebarang maklumat terbaru akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan anda.

Tarikh Perlaksanaan

Menurut Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir pada kenyataannya yang lalu, beliau mengatakan bahawa kemudahan I-Sayang akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini.

Namun begitu, sekang sudah memasuki bulan Ogos 2022, tarikh perlaksanaan mungkin berubah disebabkan banyak faktor. Sama-sama kita tunggu kenyataan berkenaan I-Sayang KWSP akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu mereka yang memerlukan. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button