KWSPPengeluaran Khas

4 Jenis Kategori Pengeluaran Khas Wang KWSP Yang Dibenarkan Pada Tahun Ini

Pada pertengahan tahun ini telah hangat diperkatakan berkenaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0, ramai yang mengharapkan perlaksanaan kali kedua dapat dilakukan pada tahun ini. Namun untuk melaksanakan perkara tersebut bukan suatu hal yang mudah kerana pengeluaran khas KWSP 1.0 baru sahaja diluluskan.

Anda tidak perlu khuatir kerana terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana anda mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Sebenarnya anda boleh membuat atau melakukan pengeluaran wang KWSP anda untuk tujuan peribadi seperti membina / ubah suai rumah, pendidikan, rawatan dan lain-lain.

Memang tidak dinafikan ramai rakyat yang mengeluh dengan kenaikkan harga barang asas baru-baru ini dan menyebabkan ada golongan yang inginkan perlaksanaan pengeluaran khas KWSP 2.0 dilakukan. Namun begitu ia bukan hal yang mudah dan pihak KWSP perlu menyelidik dari pelbagai aspek penting.

4 Jenis Pengeluaran Wang KWSP yang Dibenarkan

Dibawah telah disediakan senarai jenis pengeluaran khas KWSP yang boleh anda lakukan untuk tujuan peribadi seperti berikut.

Pengeluaran Untuk Pembelian / Ubah suai Rumah

Untuk makluman, pihak KWSP telah memberikan kemudahan untuk membantu ahli memiliki rumah sendiri sama ada melalui pembinaan, membeli rumah subsale, rumah lelong atau melalui Rumah Mesra Rakyat 2022 – KWSP Beli Rumah

Pengeluaran Untuk Rawatan Perubatan

Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan dan melibatkan 36 jenis penyakit kritikal, anda secara automatik boleh membuat pengeluaran pada akaun 2 bagi tujuan menampung kos rawatan perubatan dan pembelian alat kesihatan – KWSP Perubatan

Pengeluaran Pendidikan

Pihak KWSP turut memberikan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda yang ingin melanjutkan pengajian di IPT sekiranya pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Kemudahan ini diberikan adalah bagi tujuan meringankan beban ahli kerana tidak perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti – KWSP Pendidikan

Pengeluaran Ibadah Haji

Bagi tujuan mengurangkan bebanan ahli yang ingin menunaikan ibadah Haji, wang daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-akaun untuk tujuan pembelanjaan kos haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji – KWSP Haji

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis pakej bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk mereka yang memerlukan. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berklayakan untuk anda mohon, sila ke Halaman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button