
E-tunai : Bantuan Kredit RM100 akan diberikan percuma untuk kategori dewasa berumur 21 tahun dan keatas. Untuk makluman, tidak lama lagi satu lagi inisiatif berbentuk bantuan e-dompet akan dilaksanakan untuk golongan B40 & M40.
E-TUNAI : BANTUAN KREDIT RM100
Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan e-tunai bernilai RM100. Perkara ini telah diumumkan pada sidang Majlis Peluncuran Ekonomi Madani : Merperkasa Rakyat baru-baru ini.
Apa yang menarik adalah insentif istimewa ini bakal memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat melalui kelayakan yang dimaklumkan. Individu yang berumur 21 tahun keatas dan mempunyai pendapatan setahun di bawah RM100,000 layak tebus bantuan ini.
Ini berita baik kerana mejoriti rakyat terdiri daripada golongan pendapatan RM100,000 setahun. Bermakna kumpulan B40 dan M40 berkelayakan untuk mendapatkan manfaat daripada inisiatif yang akan dilaksanakan ini.
KELAYAKAN BANTUAN KREDIT E-TUNAI RM100
Terdapat beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi pemberian bantuan khas ini seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pada tahun ini berumur 21 tahun dan keatas
- Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
- Kumpulan B40 dan M40
Diatas adalah kriteria kelayakan asas yang telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan.
CARA TEBUS BANTUAN E-TUNAI
Perlaksanaan bantuan khas ini sama seperti bantuan terdahulu, dimana mereka yang berkelayakan boleh daftar dan tuntut secara percuma. Melalui aplikasi edompet yang terlibat seperti Touch N Go ewallet, Setel dan sebagainya.
Bagi mereka yang terlepas pandang, eBeliaRahmah telahpun dilancarkan pada bulan Jun sehingga Ogos 2023. Kadar yang diberikan adalah berjumlah RM200 dan diberikan kepada golongan belia dan mahasiswa.
TARIKH PEMBERIAN BANTUAN
Bagi bantuan e-tunai RM100 untuk kategori dewasa ini, kerajaan telah memaklumkan bahawa inisiatif ini akan mula diagihkan pada suku keempat tahun 2023. Ini bermakna, bantuan kredit percuma ini boleh ditebus seawal bulan Oktober dan selewatnya Disember ini.
Segala maklumat terkini mengenai bantuan istimewa e-tunai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas dan memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.