18 Jenis Bantuan Umum Untuk Persekolahan – KPM

18 Jenis Bantuan Umum – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pelaksanaan jenis-jenis insentif khusus untuk persekolahan. Inisiatif ini diambil bagi menjaga kebajikan murid, terutamanya dari golongan B40, yang sering menghadapi cabaran dalam akses kepada pendidikan yang berkualiti.
Dengan peruntukan yang signifikan, KPM berharap dapat membawa perubahan positif kepada pengalaman pendidikan pelajar di negara ini.
18 JENIS BANTUAN UMUM PERSEKOLAHAN
Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, mengumumkan bahawa kementerian akan memperuntukkan sebanyak RM5.5 bilion. Perlaksanaan program bantuan ini untuk menyokong pelajar sekolah kerajaan (SK) dan sekolah bantuan kerajaan (SBK).
Peruntukan ini dirancang agar dapat memberikan manfaat yang maksima kepada hampir jutaan pelajar di seluruh negara. Dengan langkah ini, KPM berhasrat untuk memastikan setiap anak di Malaysia mendapat peluang yang selayaknya untuk belajar dan maju dalam hidup mereka.
KPM khususnya memberi perhatian kepada golongan B40, yang merupakan kumpulan yang sering kali terpinggir dalam aspek pendidikan. Bantuan yang disediakan bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan keluarga, membolehkan murid-murid tersebut menjalani sesi pembelajaran dengan lebih baik. Diharapkan dengan adanya bantuan ini, semua pelajar mendapat peluang yang sama tanpa sebarang halangan kewangan.
JENIS-JENIS BANTUAN UMUM PERSEKOLAHAN
Antara jenis bantuan yang akan disediakan pada tahun ini adalah seperti :
- Bantuan geran perkapita
- Bantuan Sukan
- Bantuan makanan prasekolah
- Bantuan geran per kapita pra sekolahan
- Bantuan tambahan persekolahan
- Bantuan keperluan pembelajaran dan kokurikulum
- Bantuan pentadbiran sekolah dan asrama.
Pemberian bantuan-bantuan ini akan diberikan kepada para pelajar berdasarkan kelayakan masing-masing. Dengan adanya insentif bantuan umum persekolahan ini dapat membantu meringankan beban murid dan keluarga.
Untuk maklumat tambahan, kementerian pendidikan juga memperkenalkan sistem pembantu guru menerusi inisiatif MySTEP di sekolah yang dikenal pasti memerlukan. Seramai 548 guru tambahan akan ditempatkan di sekolah yang terlibat.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai info.