BANTUANe-Dompet

Tarikh Pemberian Bantuan EDompet RM200

Tarikh pemberian bantuan eDompet RM200 telah diumumkan oleh Perdana Menteri yang akan dilaksanakan pada bulan ini (Jun) 2023. Untuk makluman, pada sidang pembentangan Belanjawan 2023 pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan edompet ini.

PEMBERIAN BANTUAN EDOMPET RM200

Pihak kerajaan bakal melaksanakan sebuah lagi inisiatif berbentuk bantuan edompet pada bulan ini. Seperti sedia maklum, bantuan eDompet pada tahun ini telah dijenamakan semula kepada kredit e-tunai belia rahmah.

Program insentif khas ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta penerima dengan kadar bayaran sebanyak RM200 seorang. Apa yang menarik pada tahun kadar bantuan edompet telah dinaikkan sebanyak RM200 berbanding tahun lalu RM150.

PENERIMA BANTUAN EDOMPET DIPERLUASKAN

Pada bulan lalu, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa pemberian program bantuan eDompet tahun ini akan diperluaskan kepada golongan mahasiswa. Golongan terbabit layak menerima insentif khas ini tanpa mengira had kelayakan umur.

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi program bantuan edompet RM200 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan belia berumur 18 – 20 tahun
  • Diperluaskan untuk golongan mahasiswa tanpa mengira umur

Nota : Tujuan utama perlaksanaan program bantuan khas ini adalah bagi membantu meringankan beban golongan belia serta memupuk budaya pembelian tanpa tunai.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN EDOMPET 2023

Kerajaan telah memaklumkan bahawan bantuan edompet RM200 ini akan dilancarkan pada bulan ini. Dijangka akan mula dibuka permohonan pada pertengahan bulan Jun.

Segala maklumat terkini berkenaan program bantuan edompet ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas pihak kerajaan umumkan.

CARA MOHON

Buat masa ini pihak kerajaan masih belum memaklumkan cara permohonan untuk mendapatkan bantuan khas edompet RM200 ini. Jika diikutkan pada tahun lalu, bantuan edompet epemula diberikan secara tebus di aplikasi pilihan seperti Bigpay, Grabpay, Shopeepay dan Touch N Go ewallet.

Pemohon hanya dibenarkan menebus bantuan edompet ini sekali sahaja dan akan dikreditkan secara one-off. Program bantuan kredit e-tunai belia rahmah ini telah diumumkan pada BELANJAWAN 2023

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button