BANTUANBeliaJKM

Cara Permohonan Bantuan Perantis RM 200 Sebulan

Bermula Januari 2022, Pihak Kerajaan telah mengumumkan Bantuan kewangan berjumlah RM 200 sebulan akan di berikan kepada rakyat Malaysia yang yang layak melalui kerjasama dengan Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi makluman semua, Pada tahun 2022, Pihak kerajaan telah melancarkan perbagai Bantuan Tambahan baru seperti Bantuan Keluarga Malaysia dan terdapat juga bantuan sudah lama dilaksanankan dan telah di teruskan pada patahun ini seperti i-Citra, Bantuan Bakul Makanan, Insentif SEDA dan lain-lain lagi. Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui maklumat tentang senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang layak untuk anda buat permohonan boleh terus layari laman utama – DI SINI

Bantuan Perantis (JKM) RM 200 Sebulan

Pihak Kerajaan telah melancarkan Insentif kewangan Bantuan Perantis yang mana akan diberikan kepada golongan belia B40. Bantuan ini bertujuan mensasarkan kepada golongan belia muda bagi memberi galakkan kepada golongan mudadari segi latihan berkerja dan serta dari segi kewangan agar golongan belia muda mampu berdikari dan  membantu menampung pembelanjaan bulanan semasa.

Bantuan ini akan diberikan kepada golongan belia b40 yang layak berjumlah sebanyak RM 200 sebulan. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat yang akan mempertimbangkan bahawa permohonan bantuan anda akan sama ada gagal atau lulus dan layak mendapatkannya.

Panduan Permohonan

Kepada anda yang ingin membuat sebarang permohonan Bantuan perantis ini, Sila sediakan dokumen maklumat penting anda seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan (IC)
  • Salinan Kad Pengenalan (IC) pasangan – Jika ada
  • Sijil Kelahiran Anak – Jika ada
  • Salinan Penyata gaji
  • Dokumen sokongan lain -Jika ada

Sila muat turun Borang Permohonan disini – Borang Permohonan JKM 18

Tujuan utama bantuan ini dilaksanakan bagi membantu kanak kanak yang tercicir atau klien jabatan daripada pendidikan untuk mendapatkan latihan kemahiran dari bekas pelatih di Institusi Kebajikan yang ada.

Sila hantar borang yang telah di isi lengkap serta dokumen-dokumen sokongan ke pejabat JKM yang berhampiran tempat tinggal anda.

Nota Tambahan – Jika anda masih ada ibu pada yang sudah melepasi golongan Warga emas, anda boleh buat permohonan bantuan warga emas – RM 500. Permohonan boleh di buat di Pejabat JKM berhampiran.

Syarat Kelayakan 

Kepada pemohon yang ingin memohon bantuan ini harus menepati syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Berstatus Warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia
  • Mempunyai anak yang menerima Bantuan ini merupakan dari mana-mana Institusi Kebajikan
  • Merupakan bekas pelatih khidmat Malaysia
  • Merupakan bekas pelatih khidmat masyarakat
  • Mana-mana kes yang layak dipertimbangkan oleh pihak JKM

Tarikh Tutup Permohonan

Untuk makluman umum, permohonan ini dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh penutupan permohonan. Pihak kami berharapa dengan Bantuan Perantisa ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga bagi meringankan beban dan kos sara hidup pada masa ini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin maklumat lebih terperinci berkenaan bantuan ini boleh terus layari Portal Rasmi jkm atau terus ke Pejabat JKM berhampiran kediaman anda atau boleh menghubungi talian telefon : 03 8000 8000

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button