SYUKUR Sabah Fasa 3 – Semak Kelayakan & Cara Daftar

SYUKUR Sabah Fasa 3 tahun 2025 – Semak kelayakan anda & cara daftar disediakan kepada mereka yang belum mendaftar.
PEMBERIAN SYUKUR SABAH FASA 3
Untuk makluman umum, program syukur Sabah ini adalah sebuah inisiatif dibawah belanjawan kerajaan negeri 2025. Perlaksanaan program ini adalah bagi membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat negeri Sabah.
Dengan adanya insentif SYUKUR berbentuk bantuan ini adalah memenuhi keperluan asas setiap bulan. Seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bayaran SYUKUR juga disalurkan secara berperingkat selama 4 fasa.
Pendaftaran dibuka sepanjang tahun untuk permohonan baharu. Buat masa ini pembayaran bagi fasa 1 dan 2 telahpun dikreditkan, pada bulan September ini pemberian SYUKUR Fasa 3 akan disalurkan.
Sebagai tanda prihatin kerajaan kepada rakyat, bantuan ini telah dilaksanakan pada tahun ini. Mereka yang lulus permohonan akan menerima bayaran sebanyak RM900 setiap fasa.
KELAYAKAN SYUKUR FASA 3
Dibawah adalah senarai syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan keatas tahun 2024
- Pemegang kad pengenalan (H)
- Beralamat dan bermastatutin di Sabah minima selama 1 tahun
- Merupakan ketua isi rumah (KIR) miskin atau miskin tegar.
JADUAL LENGKAP FASA PEMBAYARAN SYUKUR SABAH
Berikut dikongsikan jadual bayaran SYUKUR mengikut setiap fasa sesi 2025 :
- Fasa satu (Januari – Mac) : Diagihkan pada bulan Februari 2025
- Fasa dua (April – Jun) : Diagihkan pada April 2025
- Fasa tiga (Julai – September) : Diagihkan pada September 2025
- Fasa empat (Oktober – Disember) : Diagihkan pada Oktober 2025.
Nota : Jika permohonan dikemukakan dan diluluskan pada bulan ini, anda akan menerima bayaran bagi fasa 3.
MEDIUM PEMBAYARAN
Kepada pemohon yang lulus, bayaran SYUKUR akan disalurkan secara :
- Ke akaun bank atau
- Secara tunai atau
- Dikreditkan ke dalam ewallet YONO.
Mereka yang berminat dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan hari ini secara dalam talian. Untuk memohon dan panduan lengkap sila layari laman portal rasmi SYUKUR https://syukur.sabah.gov.my/
KESIMPULAN
Selain SYUKUR terdapat banyak lagi kemudahan dan inisiatif telah disediakan khusus untuk rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan SEMAK DISINI sebagai rujukan umum!