BANTUANEkonomiIsi RumahSTR

STR Isi Rumah – Semakan Kadar Bayaran Mengikut Fasa

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan isi rumah yang memerlukan, terutamanya golongan berpendapatan rendah. STR diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat yang kurang berkemampuan.

Kategori Penerima STR Isi Rumah

Perlaksanaan program ini adalah langkah proaktif kerajaan untuk menyediakan sokongan kewangan secara langsung kepada golongan yang layak, di samping mendorong pertumbuhan ekonomi yang inklusif.

Program ini dirangka dengan matlamat utama untuk mengurangkan kemiskinan serta meringankan beban kehidupan seharian bagi penerima manfaat. Kadar bayaran bantuan yang diberikan melalui STR berbeza mengikut kategori isi rumah, dengan jumlah maksimum yang disediakan adalah sehingga RM2500 setahun.

Ini bertujuan untuk memastikan bahawa sumbangan yang diberikan benar-benar mencerminkan keperluan kewangan setiap isi rumah, sekaligus membantu mereka memenuhi keperluan asas seperti makanan, pendidikan, dan kesihatan.

Selain itu, skop bantuan STR merangkumi pelbagai kategori penerima, termasuk keluarga berpendapatan rendah, ibu tunggal, orang kurang upaya, belia bujang dan warga emas. Setiap kategori penerima mempunyai kriteria kelayakan yang telah ditetapkan, yang mana hanya mereka yang benar-benar memerlukan akan menerima bantuan ini.

Kadar Bayaran STR Isi Rumah Mengikut Fasa

Untuk makluman umum, bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah isi rumah, terdapat 2 kategori iaitu B40 dan M40. Berikut adalah kadar bayaran bagi kategori isi rumah mengikut fasa seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 (B40)

  • Fasa 1 : RM500 (Dibayar mulai 29 Januari 2024)
  • Fasa 2 : RM150 – RM650 (Dibayar mulai 3 April 2024)
  • Fasa 3 : RM150 – RM650 (Dibayar mulai 29 Ogos 2024)
  • Fasa 4 : Akan Dikemaskini

KATEGORI ISI RUMAH PENDAPATAN RM5,000 (M40)

  • Fasa 1 : RM100 – RM300 (Dibayar mulai 29 Januari 2024)
  • Fasa 2 : RM100 – RM300 (Dibayar mulai 3 April 2024)
  • Fasa 3 : RM150 – RM300 (Dibayar mulai 29 Ogos 2024)
  • Fasa 4 : Akan dikemaskini

Semakan Status Bayaran STR Setiap Fasa

Rakyat Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah boleh membuat kemaskini maklumat dan semakan status bayaran sepanjang tahun ini. Untuk semakan status dan butiran lengkap, sila layari laman portal rasmi – MySTR 2024

Maklumat Lanjut

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button