BANTUANBeli MotorsikalMobilepreneurTEKUN

Skim Bantuan Beli Motorsikal RM1,000 – RM10,000 Dibuka

Skim Bantuan Beli Motorsikal bernilai RM1,000 hingga RM10,000 masih dibuka kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Inisiatif khas berbentuk bantuan pembiayaan ini adalah salah satu program yang dilaksanakan pada tahun ini.

SKIM BANTUAN BELI MOTORSIKAL

Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis skim bantuan yang memberi manfaat kepada rakyat. Ada inisiatif yang ditawarkan dalam bentuk bantuan bulanan dan ada yang diberikan dalam bentuk bantuan sekaligus (one-off).

Terdapat sebuah skim bantuan berbentuk pembiayaan beli motorsikal melalui program TEKUN Mobilepreneur. Pada tahun ini, skim bantuan pembiayaan ini telah memasuki edisi 4.0 dan permohonan masih dibuka kepada warganegara Malaysia.

Program khas ini berasaskan Tawarruq dan merupakan kesinambungan daripada program Tekun Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0. Skim ini adalah khusus kepada usahawan bagi perkhidmatan penghantaran yang menggunakan kenderaan jenis motorsikal.

KADAR BANTUAN PEMBIAYAAN MELALUI SKIM MOTORSIKAL

Untuk makluman umum, kadar bayaran pembiayaan bantuan khas ini adalah bermula dari minima RM1,000 sehingga RM10,000. Berikut adalah pecahan kadar bantuan mengikut kategori yang telah ditetapkan :

  • Pembelian Motorsikal : RM1,000 – RM10,000
  • Baik pulih motorsikal : RM1,000 – RM5,000
  • Modal pusingan : RM1,000 – RM5,000

Tempoh pembayaran balik telah ditetapkan sehingga maksimum 36 bulan bersamaan 3 tahun dengan melibatkan kadar keuntungan 4 peratus. Dengan adanya skim pembiayaan ini dapat membantu terutama golongan belia dalam menjana pendapatan mereka.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN SKIM BANTUAN MOTORSIKAL

Antara beberapa kriteria syarat kelayakan khusus yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan Tekun ini adalah seperti berikut :

  • Terbuka kepada bumiputera dan warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 18 tahun hingga 65 tahun
  • Pemohon bukan berstatus muflis
  • Mempunyai lesen memandu motorsikal yang masih sah laku
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan
  • Satu pembiayaan hanya untuk satu keluarga sahaja.

PANDUAN MOHON SKIM BANTUAN TEKUN MOBILEPRENEUR

Kepada mereka yang berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan skim pembiayaan yang ditawarkan ini. Panduan mohon dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi skim – TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang masih ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info selengkapnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button