Senarai Bantuan Pelajaran YPJ (Yayasan Pelajaran Johor) yang boleh dimohon sepanjang tahun 2025 telah disediakan di halaman ini.
INISIATIF BANTUAN PELAJARAN YPJ
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah menawarkan pelbagai program khusus untuk para pelajar yang memerlukan. Antara program inisiatif yang boleh didapatkan adalah seperti bantuan kewangan, biasiswa dan peluang pendidikan.
Dibuka untuk pelbagai tahap pengajian dan kursus, bantuan YPJ ini dapat membantu pelajar mencapai impian yang mereka kejar tanpa perlu memikirkan tentang kos kewangan.
Kebanyakan inisiatif yang disediakan khusus kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berada dalam keluarga B40. Semua jenis bantuan pelajaran ini boleh dimohon sepanjang tahun 2025 selagi masih dibuka.
SENARAI BANTUAN PELAJARAN YPJ YANG BOLEH DIMOHON TAHUN INI
Yayasan YPJ pada tahun ini menawarkan banyak jenis inisiatif bantuan pendidikan untuk para pelajar bagi memastikan sokongan kewangan cukup untuk pengajian. Berikut dikongsikan senarai bantuan dibawah YPJ yang boleh dimohon.
Skim Bantuan Pendaftaran (SBP)
Program SBP diwujudkan dengan tujuan membantu meringankan beban kos kewangan pendaftaran para pelajar baru masuk ke IPT. Kadar bayaran bantuan sebanyak RM500 diberikan kepada setiap pemohon yang layak.
Bantuan Laptop Siswa
Program ini ditawarkan khusus kepada golongan pelajar yang kurang berkemampuan dan tidak mempunyai komputer riba. Bantuan laptop ini diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian tinggi.
Insentif Mahasiswa Anak Johor
Bantuan one-off RM200 diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta (KYPJ & KUIJSI). Mereka yang lulus permohonan akan menerima bayaran bantuan sekali sahaja.
Tabung Latihan Kemahiran
Inisiatif sebagai sokongan kewangan bagi para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran dan latihan.
Nota : Senarai inisiatif bantuan diatas adalah dikendalikan sepenuhnya oleh pihak YPJ. Jika berminat, anda boleh semak kelayakan dan memohon melalui laman portal rasmi YPJ di https://bantuan-ypj.com/portal/
Setiap permohonan yang dikemukakan akan melalui proses semakan penilaian bagi memastikan pemohon benar-benar layak menerima bantuan.
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan, rujuk halaman utama!