BANTUANJKM

Senarai Bantuan-Bantuan JKM Yang Boleh Dimohon

Senarai Bantuan-Bantuan JKM yang boleh dimohon sepanjang tahun ini telah disediakan sebagai rujukan umum masyarakat. Tahukah kalian, skim bantuan kebajikan adalah merupakan inisiatif di bawah Belanjawan 2024.

Senarai Bantuan-Bantuan JKM

Kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan pada tahun ini. Untuk makluman, JKM menyediakan bantuan berbentuk bulanan dan one-off.

Tujuan utama program bantuan dilaksanakan adalah bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. Pembayaran bagi bantuan bulanan akan dikreditkan setiap bulan pada tarikh dari 1 hingga 15 haribulan.

Kadar Bayaran Bantuan-Bantuan JKM

Berikut dikongsikan maklumat berkenaan kadar bayaran bantuan mengikut kategori di bawah :

  • Bantuan Warga emas (BWE) : RM500 sebulan
  • Bantuan Kanak-kanak (BKK) : RM150 – RM1,000 sebulan
  • Bantuan anak pelihara (BAP) : RM450 sebulan
  • Bantuan Am persekutuan (BA) : RM350 sebulan
  • Bantuan pekerja OKU (EPOKU) : RM400 sebulan
  • Bantuan alat tiruan atau sokongan (BAT) :
  • Bantuan Geran pelancaran (GP) : RM2,700 one off
  • Bantuan latihan perantis (BLP) : RM200 sebulan.

Kriteria Asas Bantuan-Bantuan JKM

Antara kriteria asas kelayakan permohonan bantuan-bantuan dibawah JKM adalah seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah sebulan dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Golongan sasar dan keluarga pendapatan rendah
  • Menepati syarat tambahan bantuan yang ingin dimohon.

Panduan Permohonan Bantuan

Kepada orang awam yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang disediakan. Untuk cara mohon dan panduan lengkap, sila layari laman rasmi – JKM

Nota : Kepada mereka yang berada dalam kelompok miskin dan keluarga memerlukan disarankan mengemukakan permohonan bagi dapatkan insentif dari JKM ini.

Maklumat Lanjut

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan untuk golongan rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button