BANTUANFASA 3STR

Semakan STR Fasa-3 : Tarikh & Kadar Bayaran Bantuan Tunai

Semakan STR Fasa-3 : Tarikh & kadar bayaran bantuan tunai rahmah telah dimaklumkan oleh kementerian kewangan bagi sesi 2024. Seperti yang telah diumumkan, inisiatif khas STR adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan pada tahun ini.

SEMAKAN STR FASA-3 TAHUN 2024

Pihak kerajaan persekutuan bersetuju untuk memberian pemberian Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 secara berperinkat. Pembayaran dilaksanakan melalui 2 kaedah iaitu tebus tunai di kaunter BSN dan pengkreditan ke dalam akaun bank.

Program sumbangan tunai rahmah 2024 akan memberi manfaat kepada sekitar lebih 9 juta penduduk Malaysia yang melibatkan kadar jumlah sehingga RM3,700 setahun. Kadar tersebut lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu RM3,100.

Buat masa ini, bayaran STR fasa 1 dan fasa 2 telahpun selesai disalurkan pada bulan Januari dan April lalu yang melibatkan kategori bujang, isi rumah dan warga emas. Bagi pembayaran fasa berikutnya iaitu fasa-3 akan dibayar selewat-lewatnya Ogos ini.

SEMAKAN TARIKH BAYARAN STR MENGIKUT FASA

Bagi pengetahuan umum, Kementerian kewangan telah memaklumkan tarikh bayaran STR 2024 mengikut fasa seperti berikut :

  • Pengagihan STR fasa pertama : Bermula 29 Januari 2024 (Selesai)
  • Pengagihan STR fasa kedua : Bermula 3 April 2024 (Selesai)
  • Pengagihan STR fasa ketiga : Bermula Ogos 2024 (Akan dikemaskini)
  • Pengagihan STR fasa keempat : Bermula November 2024 (Akan dikemaskini)

KADAR BAYARAN STR FASA-3

Kerajaan belum memaklumkan kadar jumlah bayaran bagi fasa-3 STR tahun ini dan berdasarkan tahun lalu, kadar bayaran fasa ketiga adalah sehingga RM800. Berikut dikongsikan berkenaan jumlah keseluruhan bayaran STR bagi sesi tahun 2024 mengikut kategori.

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • Warga emas tiada pasangan : RM600 seorang setahun
  • Belia bujang : RM350 seorang setahun

KATEGORI ISI RUMAH / KELUARGA (GAJI 2,500)

  • Tiada anak (0) : RM1,000 setahun
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500 setahun
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000 setahun
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM2,500 setahun

ISI RUMAH / KELUARGA (GAJI 5,000)

  • Tiada anak (0) : RM500 setahun
  • Bilangan anak (1-2) : RM750 setahun
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000 setahun
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM1,250 setahun

STATUS PEMBAYARAN STR 2024

Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini, kalian boleh membuat kemaskini maklumat dan semakan status bayaran mengikut fasa secara dalam talian. Untuk rujukan sila layari laman rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak lagi jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan boleh dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button