KWSPPengeluaran Khas 2.0

Sedia Pertimbangkan Perlaksanaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Baru-baru ini ramai yang menginginkan perlaksanaan pengeluaran khas KWSP kali kedua dapat dilakukan bagi membantu sedikit sebanyak dalam bentuk kewangan. Bukan semua orang ada caruman KWSP hingga membolehkan pengeluaran seperi i-citra, i-lestari dan pengeluaran khas 10,000.

Bagi sedia maklum dalam keadaan ekonomi tahun ini masih pasca pendemik Covid- 19, ramai rakyat yang mengeluh tidak cukup duit dan ada yang kehilangan sumber pendapatan. Terdapat juga ada golongan yang tidak mampu membayar sewa rumah dan menunggu masa untuk dihalau.

Untuk makluman, pada pertengahan tahun ini sebuah petisyen sokongan pengeluaran khas KWSP 2.0 telah diwujudkan dan mengikut data, kini telah melepasi angka 100,000 orang yang telah menandatangani petisyen tersebut. Anda boleh semak petisyen sokongan tersebut – DI SINI

Pertimbang Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Menerusi kenyataan timbalan menteri kewangan iaitu Yang Berhormat Tuan Mohd Shahar bin Abdullah pada hari isnin lalu telah menyatakan dalam dewan rakyat bahawa pihak Kerajaan telah setuju pertimbangkan pengeluaran khas KWSP kali kedua. Hal ini kerana terdapat banyak lagi startegi yang pihak kerajaan akan gunakan untuk pastikan KWSP menjadi insurans pada golongan yang bekerja.

Tambahan beliau berkata, semua input berkaitan bagaimana untuk kerajaan perhebatkan dan pertingkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji selidik secara rapi dan sudah pasti pengeluaran khas KWSP 2.0 juga adalah sebahagian salah satu perkara yang sedang dipertimbangkan oleh pihak kerajaan pada waktu ini.

Kepada para pencarum KWSP, anda jangan risau. Terdapat kemudahan dan jenis pengeluaran KWSP yang anda boleh lakukan untuk tujuan peribadi seperti untuk membina rumah, pendidikan, rawatan, ibadah haji dan lain-lain. Jika anda ingin semak atau mengetahui lebih lanjut sila semak dibawah.

Pengeluaran KWSP Untuk Rawatan Perubatan

Jika anda menghadapi masalah kesihatan dan melibatkan 36 jenis penyakit kritikal, anda secara automatik boleh membuat pengeluaran pada akaun 2 bagi tujuan menampung kos rawatan perubatan dan pembelian alat kesihatan. Untuk semakan cara mohon pengeluaran sila semak – DI SINI

Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian / Ubah suai Rumah

Untuk makluman, pihak KWSP telah memberikan kemudahan untuk membantu ahli memiliki rumah sendiri sama ada melalui pembinaan, membeli rumah subsale, rumah lelong atau melalui Rumah Mesra Rakyat (RMR 2022). Untuk semakan cara permohonan boleh rujuk – DI SINI

Pengeluaran KWSP Untuk Ibadah Haji

Bagi tujuan mengurangkan bebanan ahli yang ingin menunaikan ibadah Haji, wang daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-akaun untuk tujuan pembelanjaan kos haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji. Semakan – DI SINI

Pengeluaran KWSP Pendidikan

Pihak KWSP turut memberikan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda yang ingin melanjutkan pengajian di IPT sekiranya pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Kemudahan ini diberikan adalah bagi tujuan meringankan beban ahli kerana tidak perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti. Bagi semakan cara mohon – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis pakej bantuan tealh disediakan oleh pihak kerajaan untuk mereka yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button