BANTUANJadual BayaranSARA 2024Sumbangan Asas Rahmah

SARA 2024 : Jadual Bayaran & Kategori Penerima Bantuan

SARA 2024 : Jadual Bayaran & kategori penerima bantuan asas rahmah telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan. Untuk makluman umum, pemberian bantuan SARA adalah merupakan sebahagian insentif di bawah bajet Belanjawan 2024.

SARA 2024 : JADUAL BAYARAN & PENERIMA

Kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah bagi sesi tahun ini. Skim SARA ini adalah merupakan insentif tambahan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Pemberian bantuan tambahan ini diberikan tanpa perlu sebarang permohonan pada tahun ini berdasarkan kelayakan. Hanya penerima sedia ada STR sahaja akan menerima manfaat daripada pemberian Sumbangan Asas Rahmah.

Kadar bayaran yang diberikan adalah bermula daripada RM150 sehingga RM1,200 dalam tempoh setahun. Mereka yang berkelayakan adalah terdiri daripada penerima STR kategori bujang, isi rumah dan warga emas tiada pasangan.

KADAR BAYARAN SARA 2024 MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

Pihak kerajaan telah menetapkan jumlah keseluruhan kadar bayaran bagi sumbangan asas rahmah mengikut kategori seperti berikut :

PENERIMA STR BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR

  • RM1,200 setahun : Kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan
  • RM600 : Kategori bujang

PENERIMA STR BERSTATUS BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR

  • RM300 : Kategori isi rumah
  • RM150 : Kategori bujang dan warga emas tiada pasangan.

JADUAL BAYARAN SARA TAHUN 2024

Seperti yang telah dimaklumkan, pembayaran bantuan tambahan SARA ini dikreditkan secara berperingkat sepanjang tahun ini. Berikut adalah jadual bayaran bagi penerima isi rumah di negeri semenanjung Malaysia :

  • Januari 2024 : RM100
  • Februari 2024 : RM100
  • Mac 2024 : RM100
  • April 2024 : RM100
  • Mei 2024 : RM100
  • Jun 2024 : RM100
  • Julai 2024 : RM100
  • Ogos 2024 : RM100
  • September 2024 : RM100
  • Oktober 2024 : RM100
  • November 2024 : RM100
  • Disember 2024 : RM100

Bagi penerima bujang miskin dan miskin tegar pula dikreditkan pada nilai RM50 setiap bulan. Kepada penerima negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, mereka akan menerima bayaran SARA sebanyak 2 kali setahun pada bulan Februari dan Ogos 2024.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA 2024

Jika anda merupakan penerima STR pada tahun ini, semakan status boleh dilakukan untuk ketahui sama ada layak atau tidak menerima insentif ini. Panduan lengkap dan cara semakan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – SARA 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun 2024 dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button