BANTUANFASA 3STR

Rasmi : STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Pada Bulan Hadapan

Rasmi : STR Fasa 3 akan mula disalurkan dan dikreditkan secara menyeluruh pada bulan hadapan iaitu Ogos 2024. Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan salah satu bantuan dibawah Bajet Belanjawan tahun ini.

RASMI : STR FASA 3 AKAN DIKREDITKAN BULAN DEPAN

Pada sidang belanjawan 2024, Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dibayar secara berperingkat. Pengkreditan dilakukan melalui 4 fasa pembayaran yang melibatkan jumlah keseluruhan sehingga RM2,500 setahun.

Pada bulan Januari dan April lalu, bayaran bagi bantuan tunai STR fasa 1 dan fasa 2 telahpun selesai dikreditkan. Fasa berikutnya iaitu fasa ketiga akan diagihkan selewat-lewatnya pada bulan hadapan secara menyeluruh.

Kategori penerima yang terlibat adalah daripada belia bujang, warga emas tiada pasangan serta isi rumah B40 & M40. Kadar bayaran adalah mengikut kategori dan bilangan anak setiap isi rumah dan akan dimaklumkan sebelum tarikh pembayaran.

KATEGORI PENERIMA BAYARAN STR FASA 3

Berdasarkan maklumat, kategori penerima yang pasti akan menerima bayaran fasa 3 adalah isi rumah dan warga emas. Manakala untuk kategori bujang akan dimaklumkan selepas pengumuman daripada kerajaan persekutuan nanti.

Bagi mereka yang tidak tahu atau terlepas pandang, bayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kini berbaki 2 fasa sahaja lagi. Fasa ketiga dibayar pada bulan Ogos dan Fasa keempat dibayar pada bulan November.

JUMLAH BAYARAN STR MENGIKUT KATEGORI

Setiap kategori yang terlibat akan menerima bayaran bantuan STR pada kadar yang ditetapkan bermula dari RM350 sehingga RM2,500 setahun. Dibawah dikongsikan kadar jumlah bayaran STR 2024 mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG

  • Warga emas tiada pasangan : RM600 seorang setahun
  • Belia bujang : RM350 seorang setahun

KATEGORI ISI RUMAH (KELUARGA) PENDAPATAN RM2,500 (B40)

  • RM1,000 : Tiada anak (0)
  • RM1,500 : Bilangan tanggungan anak (1-2)
  • RM2,000 : Bilangan tanggungan anak (3-4)
  • RM2,500 : Bilangan tanggungan anak (5 keatas)

ISI RUMAH (KELUARGA) PENDAPATAN RM5,000 (M40)

  • RM500 : Tiada anak (0)
  • RM750 : Bilangan tanggungan anak (1-2)
  • RM1,000 : Bilangan tanggungan anak (3-4)
  • RM1,250 : Bilangan tanggungan anak (5 keatas)

PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2024

Untuk makluman umum, permohonan baharu dan semakan status bayaran sumbangan tunai rahmah mengikut fasa boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk rujukan dan semakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah dilancarkan oleh kerajaan perpaduan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button