Rasmi : Bantuan Khas RM100 sebulan telah mula dikreditkan ke dalam Mykad penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang layak. Insentif tambahan ini adalah merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini untuk memberi manfaat kepada rakyat.
RASMI : BANTUAN KHAS RM100 SETIAP BULAN
Kerajaan perpaduan telah melaksanakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan bakul yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Untuk makluman, program bantuan istimewa ini tidak perlu kemukakan permohonan.
Bantuan khas ini diberikan secara automatik kepada penerima STR yang berada dalam kategori miskin. Kadar bayaran bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM600 dan dikreditkan dalam mykad bermula julai sehingga Disember ini.
Dengan adanya amaun bernilai RM100 setiap bulan ini, mereka yang dapat boleh menggunakan nilai tersebut untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya atau kedai runcit berdaftar seluruh negeri.
BANTUAN KHAS RM100 SEBULAN DIPERLUAS PADA 2024
Berita gembira untuk rakyat kerana pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bersetuju untuk menaikkan kadar jumlah bantaun SARA pada tahun hadapan. Kadar akan ditingkatkan kepada RM1,200 berbanding RM600 tahun 2023.
Kepada penerima STR isi rumah miskin tegar akan menerima insentif ini bermula Januari sehingga Disember 2024 pada kadar yang sama iaitu RM100 sebulan. Bukan itu sahaja, golongan penerima STR bukan dari kategori miskin tegar turut akan mendapatkan manfaat SARA nanti.
Kategori bujang dan warga emas juga akan menerima bantuan tambahan ini bernilai RM150. Dengan bantuan ini telah diperluaskan akan dapat membantu meringankan lebih ramai rakyat yang memerlukan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN KHAS (SARA)
Jika anda merupakan penerima sedia ada STR, anda boleh membuat semakan secara online sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini. Untuk semakan, sila layari laman rasmi Mykasih Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap.