BANTUANBLPJKMLatihan Perantis

Program Latihan Perantis : Bantuan RM200 Setiap Bulan

Program Latihan Perantis : Bantuan berjumlah RM200 ditawarkan setiap bulan melalui program BLP untuk mereka yang berkelayakan. Untuk makluman umum, inisiatif khas berbentuk bantuan ini adalah sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

PROGRAM BANTUAN LATIHAN PERANTIS

Kepada mereka yang terlepas pandang, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai bantuan latihan perantis.

Program BLP ini masih diteruskan pada tahun ini dan dibuka kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan. BLP adalah merupakan sebuah inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2024 yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM.

Tujuan utama perlaksanaan program BLP ini adalah bagi membantu klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan sedang menganggur. Dengan adanya inisiatif seperti ini disediakan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Kadar bantuan yang ditawarkan dalam program latihan perantis (BLP) ini adalah bernilai RM200 sebulan seorang.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS

Antara beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi menyertai program BLP ini adalah seperti :

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Anak-anak penerima bantuan
  • Bekas pelatih atau bekas penghuni dari institusi kebajikan
  • Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat
  • Kes-kes seliaan akhlak.

CARA MEMOHON PROGRAM BANTUAN PERANTIS

Kepada mereka yang menepati syarat kelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BLP (JKM)

Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani ujian siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi pengesahan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran membuat semakan permohonan, pemohon disarankan sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri (pemohon)
  • Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang menetap bersama
  • Salinan penyata pendapatan (jika ada)
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan insentif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button