BANTUANLaptopPendidikan

Program Bantuan Laptop Percuma Untuk Pelajar IPTA Dan IPTS

Program bantuan laptop percuma terbaharu kini ditawarkan kepada golongan belia yang merupakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi. Dalam usaha untuk menyokong pelajar yang berkelayakan, pihak my yayasan dengan sukacitanya mengumumkan program bantuan laptop percuma.

PROGRAM BANTUAN LAPTOP PERCUMA

Program ini adalah satu inisiatif yang bertujuan memberikan kemudahan pembelajaran kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia yang memerlukan. Untuk memohon bantuan ini, pelajar mesti memenuhi syarat tertentu yang telah ditetapkan.

Kelayakan utama adalah pelajar yang berasal dari keluarga dengan pendapatan bulanan di bawah RM1500. Dengan keperluan ini, kami berharap dapat membantu mereka yang paling memerlukan dan memberi peluang kepada semua pelajar untuk meraih kejayaan akademik tanpa sebarang halangan.

Antara kriteria kelayakan yang telah ditetapkan dalam program khas ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan pelajar tahun pertama kos diploma atau ijazah di mana-mana IPTA/ IPTS dalam negara
  • Pendapatan bulanan isi rumah keluarga di bawah RM1,500
  • Lahir di negeri Sarawak.

TARIKH PENDAFTARAN BANTUAN LAPTOP

Pembukaan permohonan untuk program bantuan laptop bermula dari 23 September hingga 31 Oktober 2024. Pelajar yang memenuhi syarat digalakkan untuk menghantar permohonan secepat mungkin.

Proses ini direka untuk menjadi mudah dan mesra pengguna bagi memastikan semua yang layak dapat memanfaatkan bantuan ini tanpa masalah. Untuk maklumat lanjut mengenai cara memohon, sila layari laman web rasmi – MY YAYASAN untuk rujukan.

Selain itu, pihak my yayasan juga menyediakan inisiatif program baucar buku yang boleh ditebus oleh pelajar. Untuk info lengkap anda boleh menyemak di halaman utama yang telah disediakan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button