BANTUANPendidikanYAWAS

Permohonan Bantuan Masuk Sekolah Yawas Kini Dibuka

Permohonan bantuan masuk sekolah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) kini dibuka untuk keluarga dari golongan B40 dan M40.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga dalam persiapan anak-anak untuk sesi persekolahan yang akan datang.

PERMOHONAN BANTUAN MASUK SEKOLAH

Bantuan khas ini terhad kepada 1,000 permohonan terawal sehingga kuota penuh. Mereka yang memiliki kelayakan dan keperluan dipelawa untuk memohon bantuan ini.

Antara barangan yang disediakan dalam permohonan adalah beg sekolah, alat tulis, botol air, bekas makanan, buku nota, dan pelbagai barangan berkaitan sekolah yang lain.

Pihak Yawas memaklumkan permohonan boleh dikemukakan secara online melalui aplikasi Yawas dan penebusan bantuan boleh dibuat pada 28 November hingga 3 Disember 2024.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MASUK SEKOLAH

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Anak lahir di Selangor bermula tahun 2018 – 2021
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan
  • Menetap di negeri Selangor
  • Tidak pernah terima bantuan beg sekolah Yawas
  • Pemohon bukan ahli tabung warisan anak Selangor.

Untuk memohon bantuan khas ini, ibubapa atau penjaga perlu melengkapkan borang permohonan yang disediakan dan menghantarnya sebelum kuota penuh. Pastikan setiap dokumen yang diperlukan disertakan untuk mempercepatkan proses penilaian.

Ini adalah peluang untuk mendapatkan sokongan yang dapat menyokong pendidikan anak-anak dalam sesi 2025. Untuk panduan lengkap dan cara mohon, sila layari laman web rasmi YAWAS – https://yawas.com.my/

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan dan negeri bagi memberi manfaat kepada rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada sepanjang tahun ini dan layak untuk dimohon di halaman utama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button