Pengeluaran Khas FSA2 KWSP Diluluskan : Minimum RM3,000
Pengeluaran khas FSA2 KWSP telah diluluskan oleh pihak kerajaan bermula April lalu bagi membantu ahli membuat pembiayaan pengeluaran. Kepada pencarum yang menepati terma dan syarat kini boleh membuat pengeluaran khas ini melalui institusi perbankan yang terlibat.
PENGELUARAN KHAS FSA2 KWSP
Bagi sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah kemudahan yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2. Melalui kemudahan FSA2 ini, ahli KWSP boleh membuat pengeluaran pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan.
Kemudahan pengeluaran khas FSA2 KWSP akan dilaksanakan secara 2 fasa secara keseluruhan. Buat masa ini permohonan bagi pembiayaan FSA2 fasa 1 telah dibuka dan ahli yang layak boleh memohon pada bila-bila masa sepanjang tahun ini.
MINIMUM PENGELUARAN RM3,000
Jumlah kadar pembiayaan minimum yang dibenarkan adalah RM3,000 dan maksimum sehingga RM50,000. Kadar adalah bergantung kepada baki simpanan dalam akaun 2 KWSP ahli yang mohon.
KRITERIA KELAYAKAN
Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan pembiayaan pengeluaran khas FSA2 KWSP fasa 1 yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Ahli KWSP dan Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
- Mempunyai minimum baki simpanan akaun 2 KWSP sebanyak RM3,000
- Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan
Info : Untuk makluman, tarikh permohonan dibuka adalah bermula 7 April 2023. Permohonan boleh dilakukan sepanjang tahun ini.
INSTITUSI BANK YANG TERLIBAT
Buat masa ini terdapat 2 institusi perbankan yang terlibat bagi permohonan pembiayaan melalai FSA2 KWSP seperti di bawah :
- MBSB Bank
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
CARA DAFTAR PERMOHONAN
Kepada pencarum / ahli KWSP yang berkelayakan, permohonan pembiayaan peribadi melalui FSA2 KWSP boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disedikan, sila layari laman web rasmi FSA2 KWSP – DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan perpaduan Madani pada tahun ini telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Kebanyakan inisiatif disediakan bagi golongan memerlukan terutama kategori B40 dan miskin tegar.
Kepada mereka yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.