BANTUANePemulaeWallet

Penerima Bantuan EWallet RM100 & RM200

Penerima bantuan ewallet sebanyak RM100 dan RM200 telah diumumkan pada sidang pembentangan Bajet 2023 yang lalu. Untuk makluman, pihak kerajaan bakal melaksanakan bantuan khas e-pemula yang akan memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40 pada tahun ini.

BANTUAN EWALLET DITERUSKAN

Bantuan khas ini telah diperkenalkan pada tahun lalu, atas faktor keprihatinan kerajaan dan masih relevan. Inisiatif ini diteruskan pada tahun ini. Apa yang lebih menarik, kadar bantuan telah dinaikan sebanyak RM200 berbanding RM150 pada tahun lalu.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan telah memperluaskan bantuan e-pemula ini dengan cara menambah kategori M40 yang mana akan menerima insentif e-dompet sebanyak RM100.

OBJEKTIF BANTUAN

Tujuan utama perlaksanaan program bantuan ini bukan sahaja membantu meringankan pembelanjaan, secara tidak langsung dapat memupuk budaya pembelian secara tanpa tunai (cashless). Penerima bantuan ewallet sebanyak RM100 dan RM200 ini akan memberikan manfaat kepada kira-kira 8 juta golongan M40 dan 2 juta golongan belia B40.

KADAR BANTUAN 

Berikut adalah kadar bantuan e-pemula yang ditawarkan kepada 2 kategori yang layak seperti dibawah :

  • Kategori e-starter M40 : RM100
  • Kategori belia e-beginner B40 : RM200.

KELAYAKAN SYARAT BANTUAN

Dibawah telah disediakan syarat-syarat kelayakan bagi bantuan e-pemula 2023 yang telah dibentangkan pada sidang BAJET 2023 seperti berikut :

  • Penerima merupakan belia yang berumur 18 hingga 20 tahun
  • Untuk berumur 21 tahun keatas bagi pelajar sepenuh masa
  • Memperolehi pendapatan tahunan dibawah RM100,000 bagi kategori M40.

CARA DAPATKAN BANTUAN

Cara mendapatkan bantuan e-pemula ini sama seperti tahun lalu, dimana penerima boleh tebus bantuan ewallet di platform pilihan masing-masing. Seperti Shopee pay, Grab pay, Touch N Go ewallet dan Big pay. Setiap penerima hanya boleh membuat penebusan sekali sahaja di aplikasi perkhidmatan e-tunai pilihan.

Dijangkakan selepas sidang belanjawan 2023 yang dijadualkan pada pertengahan bulan Februari ini, akan diketahui maklumat tarikh berkenaan bantuan e-dompet ini. Segala maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk informasi umum.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada penerima bantuan ewallet ini, terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai yang telah dilaksanakan pada suku pertama tahun 2023. Seperti bantuan STR, BINGKAS dan lain-lain lagi. Untuk yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan –SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button