Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Sebelum 31 Ogos
Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3 akan dilaksanakan selewat-lewatnya sebelum 31 Ogos ini secara berperingkat.
Kepada yang tidak tahun, jadual rasmi bayaran bagi bantuan tunai STR sesi 2024 adalah Januari, April, Ogos dan Disember.
Untuk makluman umum, program khas bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini telah memasuki tahun kedua perlaksanaan.
Perlaksanaan bantuan ini hanya berbaki 2 sahaja lagi fasa pembayaran yang akan disalurkan tidak lama lagi kepada penerima.
PEMBERIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Bantuan ini adalah merupakan salah satu program inisiatif yang diperkenalkan dibawah bajet Belanjawan 2024.
Pemberian sumbangan tunai rahmat ini diberikan khusus kepada rakyat Malaysia yang berada dalam golongan miskin, B40 dan M40.
Kadar jumlah yang dikreditkan sepanjang tahun ini adalah bermula dari RM350 sehingga RM2,500 dan nilai bantuan ditentukan mengikut kategori.
Sekitar lebih dari 9 juta rakyat Malaysia berkelayakan menerima manfaat daripada insentif STR ini yang melibatkan kategori bujang, isi rumah serta warga emas.
TARIKH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH DIBAYAR
Seperti yang telah dimaklumkan, bayaran STR ini disalurkan melalui 4 peringkat sepanjang tahun ini.
Berikut adalah jadual bayaran yang telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia :
- Fasa Pertama : Dibayar mulai 29 Januari 2024
- Fasa Kedua : Dibayar mulai 03 April 2024
- Fasa ketiga : Dibayar sebelum 31 Ogos 2024
- Fasa Keempat : Dibayar pada bulan November 2024
Nota : Tarikh tepat bayaran bagi fasa ketiga akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan umum.
KADAR BAYARAN SUMBANGAN TUNAI FASA 3
Buat masa ini, kadar bayaran fasa berikutnya masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan.
Berdasarkan tahun lalu, pembayaran fasa 3 STR adalah dari RM100 sehingga RM800.
Sebagai contoh pengiraan mudah, anda tambah bayaran yang telah diterima semasa fasa 1 dan fasa 2 kemudian baki tersebut akan dibayar pada fasa 3 dan fasa 4.
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR TUNAI FASA 3
Pada bulan ini, penerima sedia ada boleh membuat semakan status bayaran fasa 3 masing-masing :
- Layari pautan rasmi – Bantuan Tunai MySTR
- Log masuk menggunakan kata laluan yang anda tetapkan
- Klik tombol ‘Semakan Status’
- Status bayaran anda akan dipaparkan pada skrin.
LEBIH BUTIRAN BANTUAN
Bagi yang terlepas pandang, pada tahun ini kerajaan perpaduan telah memperkenalkan banyak kemudahan dan inisiatif bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat.
Di halaman utama Carianterbaru telah disediakan senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon.