Pemberian Kredit E-Wallet RM100 akan dilaksanakan secara percuma tidak lama lagi diberikan kepada golongan dewasa. Untuk pengetahuan umum, bantuan khas ini adalah merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan pada tahun ini.
PEMBERIAN KREDIT E-WALLET RM100
Kepada mereka yang terlepas pandang, pada sidang Majlis Peluncuran ekonomi Madani baru-baru ini. Perdana Menteri telah memperkenalkan sebuah insentif khas berbentuk bantuan ewallet yang akan diberikan secara percuma pada penghujung tahun ini.
Seperti sedia maklum, sebelum ini pada bulan Jun lalu pihak kerajaan telah melancarkan sebuah bantuan ewallet yang dikenali sebagai ebelia rahmah. Menerusi program tersebut, insentif etunai bernilai RM200 diberikan secara percuma kepada kumpulan belia mahasiswa.
Atas dasar keprihatinan kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif kredit etunai kepada golongan berumur 21 tahun keatas pula. Kadar pemberian kredit percuma tersebut telah ditetapkan berjumlah RM100 seorang.
KRITERIA KELAYAKAN PEMBERIAN KREDIT E-WALLET RM100
Dibawah adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan kredit ewallet RM100 seperti berikut :
- Bantuan ini untuk Warganegara Malaysia sahaja
- Berumur 21 tahun dan keatas (Tahun ini)
- Kategori B40 dan M40
- Pendapatan RM100,000 kebawah (setahun)
- Golongan dewasa
TARIKH BAYARAN KREDIT E-WALLET
Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah memaklumkan bantuan khas e-wallet bernilai RM100 ini akan diberikan pada bulan hadapan (Disember). Dijangkakan akan mula dilaksanakan pada awal atau pertengahan bulan Disember nanti.
CARA TEBUS KREDIT E-WALLET RM100
Untuk menyertai program ini dan mendapatkan kredit etunai percuma RM100, setiap individu hanya perlu claim melalui aplikasi edompet pilihan masing-masing. Program bantuan istimewa ini akan dilancarkan sama seperti eBeliaRahmah 2023.
Dimana pemohon hanya perlu tebus kredit RM100 melalui aplikasi edompet seperti Touch N Go ewallet, Grabpay, Setel dan sebagainya. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.