BANTUANKanak-kanak

Pemberian Bantuan Kanak-Kanak RM150 – RM1,000 Ogos Ini

Pemberian Bantuan Kanak-Kanak bernilai RM150 – RM1,000 mula dikreditkan Ogos ini kepada mereka yang berkelayakan. Program inisiatif khas BKK ini adalah sebahagian insentif bantuan kewangan dibawah Bajet 2024.

PEMBERIAN BANTUAN KANAK-KANAK 2024

Program bantuan kanak-kanak ini adalah dibawah Belanjawan 2024 dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Program khas ini ditawarkan khusus kepada golongan keluarga yang mempunyai tanggungan.

Mereka yang berkelayakan adalah keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak yang tiada atau kehilangan ibu bapa.Perlaksanaan skim bantuan ini adalah bagi membantu mengurangkan beban dalam meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK

Untuk makluman, kadar bayaran bantuan khas ini disediakan bermula dari RM150 seorang sebulan sehingga RM1,000 sekeluarga sebulan. Pecahan kadar telah ditetapkan seperti di bawah :

  • RM150 seorang : 7 tahun hingga 18 tahun
  • RM200 seorang : 6 tahun dan ke bawah
  • RM1,000 sekeluarga : Maksimum bayaran bagi 1 keluarga sebulan.

KRITERIA SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN KANAK-KANAK

Terdapat beberapa kriteria syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan dalam program BKK tahun ini seperti :

  • Dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Keluarga atau penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Kanak-kanak usia dibawah 18 tahun
  • Remaja di atas umur 18 tahun boleh dipertimbangkan dengan kelayakan sehingga menengah atas
  • Perlaksanaan semua bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (concurrent list) antara kerajaan persekutuan dan negeri
  • Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia.

DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN KHAS BKK

Kepada keluarga / isi rumah yang mempunyai tanggungan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada bulan Ogos ini bagi dapatkan manfaat dari pihak JKM. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – Program BKK

Bagi memudahkan urusan semakan permohonan dari pentadbiran, setiap pemohon disarankan sertakn dokumen-dokumen penting yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada bulan ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button