BANTUANBINGKASeWalletKehidupan Sejahtera

Pemberian Bantuan eWallet RM300 : Panduan Daftar Permohonan

Pemberian Bantuan eWallet RM300 sebulan melalui program insentif kehidupan sejahtera kini dibuka kepada golongan B40. Untuk makluman, inisiatif khas ini diberikan secara bulanan kepada pemohon yang berkelayakan secara automatik.

PEMBERIAN BANTUAN EWALLET RM300

Terdapat sebuah inisiatif tambahan berbentuk bantuan ewallet dibawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh kerajaan negeri. Program pemberian bantuan khas Kehidupan Sejahtera atau dikenali sebagai Bingkas ini boleh dimohon oleh isi rumah pendapatan RM3,000.

Menerusi inisiatif istimewa ini, kerajaan menyasarkan sekitar kira-kira 30,000 buah keluarga akan dapat gunakan manfaat bantuan ini. Kadar yang diberikan adalah bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun bagi setiap keluarga.

Objektif utama perlaksanaan inisiatif ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi mengiktiraf peranan penting ketua dalam sebuah keluarga. Dengan adanya pemberian insentif tambahan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.

KELAYAKAN BANTUAN EWALLET RM300

Kepada mereka yang berminat perlu menepati syarat kelayakan bantuan khas kehidupan sejahtera ini yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan (Bulanan) isi rumah dibawah RM3,000
  • Kategori B40
  • Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor
  • Pemilih berdaftar.

Nota : Permohonan bantuan khas Bingkas ini dibuka sepanjang tahun, sekiranya berkelayakan anda boleh kemukakan permohonan secara dalam talian.

CARA DAFTAR & MOHON BANTUAN EWALLET RM300

Jika anda berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dilakukan secara online pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup dimaklumkan. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi Kehidupan Sejahtera – DI SINI

Semasa permohonan dilakukan, individu disarankan sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan urusan semakan permohonan. Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti :

  • Salinan kad pengenalan diri (Pemohonan dan pasangan) jika ada
  • Salinan mykid, surat lahir, kad pengenalan tanggungan anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Surat penyata pendapatan
  • Dokumen yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button