BANTUANSkim Khairat KematianSKK

SKK : Bantuan Khas RM1000 Untuk Setiap Penerima STR

SKK : Bantuan Khas RM1000 disediakan khusus untuk setiap penerima STR yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk makluman, inisiatif istimewa ini adalah merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

SKK : BANTUAN KHAS RM1000 UNTUK PENERIMA STR

Seperti sedia maklum, kerajaan telah bersetuju untuk terus melaksanakan pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah bagi sesi tahun ini. Apa yang menarik, penerima STR secara automatik layak mendapatkan insentif SKK iaitu bantuan tambahan RM1000 one-off.

Pemberian Skim Khairat Kematian atau SKK ini adalah merupakan lanjutan daripada program bantuan tunai STR. Bantuan khas ini diberikan kepada setiap penerima STR dan pasangan yang meninggal dunia pada tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024.

Insentif tambahan ini disediakan adalah bagi tujuan membantu meringankan beban urusan pengebumian dan sumbangan kepada waris. Setiap penerima STR perlu tahu berkenaan insentif khas ini agar pewaris boleh membuat tuntutan jika berlaku kematian.

SYARAT TUNTUTAN BANTUAN KHAS SKK RM1000

Kadar pemberian bantuan SKK telah ditetapkan sebanyak RM1000 dan boleh dituntut secara sekaligus (one-off). Penerima yang berkelayakan bagi bantuan SKK ini adalah seperti berikut :

  • Penerima sedia ada STR 2024 bagi kategori isi rumah, warga emas bujang / tiada pasangan
  • Meninggal dunia pada tahun ini
  • Tuntutan boleh dilakukan oleh waris yang didaftarkan dalam borang STR
  • Pasangan yang berstatus bukan warganegara Malaysia tidak layak SKK.

Nota : Untuk urusan tuntutan SKK boleh dibuat oleh pewaris simati iaitu pasangan, ibu, bapa, anak, adik beradik atau cucu. Tiada had umur kelayakan bagi waris kepada penerima STR, namun waris yang berumur 17 tahun kebawah perlu sertakan dokumen kad pengenalan dan surat bukti pertalian.

CARA TUNTUTAN BANTUAN KHAS SKK 2024

Kepada mereka yang berkelayakan, tuntutan boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Untuk panduan lengkap dan butiran penuh berkenaan bantuan Skim Khairat Kematian ini, sila layari laman portal rasmi – SKK (STR) 2024

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk kalian mohon – SEMAK DISINI untuk ketahui maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button