PADUPengkalan Data Utama

PADU 2024 : Manfaat Mendaftar Sistem Pengkalan Data Utama

PADU 2024 : terdapat banyak manfaat yang ada kepada mereka yang mendaftar dalam sistem pengkalan data utama. Pihak kerajaan telah memperkenalkan dan membuka pendaftaran sistem PADU bagi memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia.

PADU 2024 : SISTEM PENGKALAN DATA UTAMA

Kerajaan perpaduan telah memperkenal sebuah sistem yang dikenali sebagai Pengkalan Data Utama (PADU) pada tahun ini. Untuk makluman, sistem ini diwujudkan adalah bertujuan mengumpul data maklumat profil secara individu, isi rumah yang merangkumi warganegara dan permastautin tetap.

Sistem PADU ini merangkumi maklumat yang dikemaskini secara berkala dan dikumpulkan melalui integrasi data pentadbiran dari pelbagai sumber. Pengkalan Data Utama ini direka untuk membantu kerajaan pusat dalam melaksanakan dasar secara bersasar.

Dengan adanya maklumat setiap penduduk dapat memastikan tiada yang tercicir daripada menerima inisiatif atau bantuan mengikut kelayakan. Perlaksanaan sistem ini bakal memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan B40 dan miskin.

MANFAAT DAFTAR SISTEM PADU 2024

Rafizi Ramli sebagai Menteri Ekonomi telah mengatakan bahawa individi yang tidak membuat pendaftaran PADU harus menunggu pusingan daftar berikutnya. Sistem akan dibuka semula oleh kerajaan untuk pengemaskinian secara berkala pada waktu yang ditetapkan.

Kepada mereka yang berhak menerima insentif bantuan kerajaan namun gagal mengemaskini butiran dalam Pengkalan Data Utama (PADU) menjelang akhir bulan Mac ini. Berkemungkinan mereka akan terlepas dan tidak masuk dalam pusingan pertama penilaian kelayakan bantuan.

Manfaat yang ada dalam sistem PADU adalah berkelayakan mendapatkan program subsidi bersasar yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Untuk makluman, pendaftaran sistem PADU masih dibuka dan akan ditutup pada hujung bulan Mac 2024.

PANDUAN CARA DAFTAR SISTEM PADU 2024

Sehingga hari ini, ramai telah berjaya mendaftar PADU melalui kaunter yang dibuka dan secara dalam talian. Panduan lengkap cara mendaftar telah disediakan, sila layari laman portal rasmi sistem – Pengkalan Data Utama (PADU)

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button