MySTR : Kadar bantuan RM600 setahun akan dikreditkan secara berperingkat kepada kategori bujang tahun hadapan. Pemberian bantuan tunai MySTR bagi kategori bujang mengalami peningkatan yang signifikan.
MYSTR : KADAR BANTUAN RM600 UNTUK BUJANG
Untuk sesi 2025, kadar bayaran bantuan tunai untuk individu bujang kini telah dinaikkan kepada RM600 setahun, berbanding kadar sebelum ini, iaitu RM350. Perubahan ini diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang memerlukan.
Bantuan tunai ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan bujang yang terkesan oleh pelbagai cabaran ekonomi. Dengan peningkatan kadar bantuan ini, diharap dapat meringankan beban kewangan dan meningkatkan kesejahteraan golongan ini.
Kadar baharu pemberian sumbangan tunai Rahmah Bujang ini adalah langkah positif bagi menyokong pemulihan ekonomi. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan pada sidang Belanjawan 2025.
Bukan belia bujang sahaja, kategori isi rumah dan warga emas juga akan ditingkatkan kadar jumlah bayaran STR sehingga RM4,600 setahun. Jumlah bayaran bantuan ditentukan mengikut pendapatan bulanan dan bilangan tanggungan.
Bagi kategori belia bujang, syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan adalah seperti :
- Berstatus warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan dibawah RM2,500
- Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun
- Tiada pasangan.
PENDAFTARAN & SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSTR
Bagi mereka yang layak, proses permohonan bagi bantuan tunai ini adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian. Pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kelayakan dan prosedur permohonan melalui laman web rasmi yang disediakan.
Pastikan semua dokumen penting yang diperlukan disediakan untuk memudahkan urusan permohonan. Bagi penerima sedia ada, anda tidak perlu kemukakan permohonan, hanya kemaskini maklumat terkini jika berlaku sebarang perubahan.
Untuk rujukan lengkap dan semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, sila layari laman web rasmi MySTR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
INFO SELANJUTNYA
Selain MySTR, terdapat lebih banyak jenis kemudahan, program dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Bagi yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada sepanjang tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.