BANTUANFasa 4KerajaanMySTRSTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR 2023 : Kategori Tidak Layak Terima Bayaran Fasa 4

MySTR 2023 adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Untuk sedia maklum, pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diberikan secara berperingkat pada tahun ini.

BANTUAN TUNAI MYSTR 2023

Pada sidang Belanjawan 2023, Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan. Bahawa Sumbangan Tunai Rahmah akan dikreditkan secara berperingkat pada tahun ini.

Bantuan tunai STR ini telah menggantikan bantuan tunai tahun lalui yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Apa yang lebih menarik adalah kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif tambahan RM600 kepada penerima STR miskin tegar.

Kategori penerima STR yang terlibat adalah bujang, warga emas serta isi rumah. Manakala bagi kadar bayaran adalah sehingga RM2,500 + RM600, jumlah bergantung kategori kelayakan dan bilangan anak.

JADUAL BAYARAN MYSTR 2023

Berikut adalah jadual rasmi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2023 seperti di bawah :

  • STR Fasa 1 : Januari 2023
  • STR Fasa 2 : April 2023
  • STR Fasa 3 : Jun 2023
  • STR Fasa 4 : November 2023

Untuk makluman, pembayaran bagi STR fasa 1 hingga fasa 3 telahpun selesai dibayar. Kini hanya berbaki satu sahaja lagi pembayaran bagi Sumbangan tunai rahmah.

SEMAKAN MYSTR FASA 4

Untuk sedia maklum, bayaran STR fasa 4 adalah pemberian terakhir yang akan dilakukan. Kadar yang akan dikreditkan nanti adalah sehingga RM1,200 kepada kategori isi rumah.

Bayaran yang dijadualkan pada bulan November ini akan diagihkan secara berperingkat sehingga selesai. Namun bukan semua kategori yang akan menerima insentif fasa akhir nanti.

KATEGORI TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 4

Untuk makluman, terdapat beberapa kategori yang tidak akan menerima sebarang bayaran bantuan tunai STR fasa keempat nanti. Berikut adalah kategori tidak terima bayaran seperti di bawah :

  • Kategori Bujang (21 tahun – 59 tahun)
  • Kategori isi rumah M40 (Pendapatan RM5,000 dan tiada anak)
  • Kategori isi rumah M40 (Pendapatan RM5,000 dan mempunyai 1-2 anak)

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR

Selain daripada kategori diatas, mereka akan menerima bayaran pada fasa keempat nanti. Untuk semakan status bayaran, sila layari laman web rasmi MySTR – DI SINI

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon –SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button