BANTUANMySARAPemberian

MySARA : Pemberian Bantuan Khas Telah Mula Dikreditkan

MySARA : Pemberian Bantuan Khas Sumbangan Asas Rahmah telah mula dikreditkan secara berperingkat sepanjang tahun ini. Untuk makluman umum, program khas SARA ini merupakan lanjutan kepada bantuan tunai STR.

MYSARA : PEMBERIAN BANTUAN KHAS

Kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan pemberian insentif Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2024. Pemberian bantuan khas SARA ini hanya diberikan kepada penerima sedia ada STR yang layak tanpa perlu kemukakan permohonan.

Bagi sesi tahun 2024, sekitar 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah mendapatkan manfaat yang disediakan ini. Lebih menarik adalah pada tahun ini bantuan ini juga disalurkan kepada kategori penerima bukan berstatus miskin dan miskin tegar.

Kadar bayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah berjumlah dari RM150 sehingga RM1,200 setahun. Jumlah bayaran ditentukan mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan dan pembayaran dilakukan secara kredit terus ke dalam mykad.

KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS MYSARA 2024

Pada tahun lalu hanya diberikan bantuan SARA pada kadar RM600 dan melibatkan kategori miskin tegar sahaja. Atas keprihatinan kerajaan, pada tahun ini akan melibatkan 4 kategori penerima pada kadar seperti berikut :

  • Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas (miskin & miskin tegar) : RM1,200
  • Penerima STR kategori bujang (miskin & miskin tegar) : RM600
  • Penerima STR kategori isi rumah ‘bukan’ berstatus miskin & miskin tegar : RM300
  • Penerima STR kategori bujang dan warga emas ‘bukan’ berstatus miskin tegar : RM150

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN MYSARA

Untuk makluman, pengagihan bantuan SARA hampir serupa dengan bantuan tunai STR dimana dikreditkan secara berperingkat mengikut fasa. Pembayaran bagi kategori miskin dan miskin tegar telahpun disalurkan berperingkat setiap bulan bermula Januari sehingga Disember 2024.

Bagi penerima bukan berstatus miskin dan miskin tegar pula, tempoh perlaksanaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYSARA

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan, pemberian bantuan khas SARA ini diberikan kepada penerima STR yang berkelayakan tanpa perlu memohon. Semakan sama ada layak atau tidak boleh dilakukan secara dalam talian, untuk semak sila layari laman portal rasmi bantuan – MySARA 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button