MySARA : Bantuan Sehingga RM1200 telah mula dikreditkan secara berperingkat sepanjang tahun 2024 kepada penerima STR. Seperti yang sudah dimaklumkan, pemberian Sumbangan MySTR adalah sebahagian insentif yang dilaksanakan pada tahun ini.
MYSARA : BANTUAN SEHINGGA RM1200 SETAHUN
SARA atau Sumbangan Asas Rahmah adalah sebuah insentif bantuan kewangan lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Sekitar 700,000 penerima STR bagi sesi tahun 2024 berkelayakan menerima manfaat daripada pemberian MySARA.
Kategori penerima yang layak adalah bujang, warga emas dan isi rumah berstatus miskin dan bukan miskin. Kadar bayaran adalah bermula dari RM150 sehingga RM1200 dan jumlah ditentukan mengikut kelayakan penerima.
Sumbangan Asas Rahmah ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ianya ditentukan mengikut data maklumat STR. Kepada penerima sedia ada bantuan tunai STR, semakan status boleh dibuat secara online untuk mengetahui layak atau tidak menerima insentif SARA ini.
Pemberian bantuan SARA ini boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai berdaftar seluruh Malaysia. Pengkreditan bayaran telah mula disalurkan secara berperingkat ke dalam mykad bermula Januari sehingga Disember 2024.
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN MYSARA SEHINGGA RM1200
- Warganegara Malaysia
- Berstatus lulus sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024)
- Berada dalam kategori bujang, isi rumah dan warga emas
- Tersenarai dalam rekod data ekasih
JUMLAH BANTUAN MYSARA MENGIKUT KATEGORI
Kadar jumlah bayaran bantuan MySARA telah ditetapkan mengikut kategori seperti dibawah :
- Kategori penerima STR Isi rumah & Warga emas (miskin/ miskin tegar) : RM1200
- Kategori penerima STR bujang (miskin/ miskin tegar) : RM600
- Kategori penerima STR isi rumah (bukan miskin/ miskin tegar) : RM300
- Kategori penerima STR bujang & warga emas (bukan miskin/ miskin tegar) : RM150
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYSARA 2024
Jika anda penerima STR tahun ini, semakan status boleh dilakukan secara dalam talian untuk pengesahan kelayakan. Untuk semakan, sila layari laman portal rasmi bantuan MyKasih – SARA 2024
INFO SELANJUTNYA
Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan masih boleh didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.