BANTUANMySARA 2024Sumbangan Asas Rahmah

MySARA 2024 : Senarai Penerima Bantuan RM100 (12 Bulan)

MySARA 2024 : Senarai Penerima bantuan tambahan bernilai RM100 selama 12 bulan bermula Januari sehingga Disember telah diumumkan. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini akan dikreditkan ke dalam mykad penerima STR secara automatik.

MYSARA 2024 : SENARAI PENERIMA

Bagi pengetahuan umum, pihak kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk terus melancarkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2024. Apa yang lebih menarik adalah bantuan istimewa ini akan diperluaskan kepada 700,000 penerima sedia ada STR.

Bukan itu sahaja, kadar jumlah bantuan juga telah dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Seperti sedia maklum, sebelum ini, insentif tambahan SARA hanya diberikan kepada kategori isi rumah miskin tegar.

Namun atas keprihatinan kerajaan, bantuan tambahan ini akan memberi manfaat kepada penerima dari kategori biasa pada kadar bayaran yang lebih rendah. Pemberian insentif khas ini tidak diberikan secara tunai, ia akan dikreditkan ke dalam mykad individu yang berkelayakan.

KADAR BANTUAN MYSARA 2024 MENGIKUT SENARAI PENERIMA

Berikut adalah jumlah kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan dikreditkan mengikut kategori kelayakan seperti dibawah :

  • STR (Miskin tegar) : RM1,200
  • STR (Miskin) : RM1,200
  • STR (Isi rumah) : RM300
  • STR *bujang) : RM150

Bagi penerima STR yang berada dalam kategori miskin dan miskin tegar, mereka akan dapat bayaran bantuan khas ini bermula Januari hingga Disember 2024. Kadar yang disalurkan adalah bernilai RM100 sebulan, manakala kategori bujang dan isi rumah akan dimaklumkan kelak.

Pemberian insentif tambahan ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat yang berada dalam kategori miskin dan B40. Amaun yang dikreditkan boleh dibelanjakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdekatan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA 2024

Sekiranya anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif ini boleh dilakukan secara online. Untuk cek, sila layari laman rasmi Mykasih SARA – DI SINI

Semakan bagi tahun ini boleh dilakukan sekarang, untuk tahun 2024 akan dikemaskini pada bulan Januari nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button