BANTUANMySalam

Mysalam 2025 : Insentif Penting Percuma Untuk Golongan B40

MySalam 2025 – Tahukah anda bahawa terdapat sebuah insentif yang boleh dituntut percuma oleh golongan B40 di bawah program Mysalam. Program ini menyediakan skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan bagi individu yang menghidap penyakit kronik.

Dengan adanya Mysalam, lebih ramai orang dapat menerima sokongan yang mereka perlukan tanpa perlu risau tentang kos perubatan yang tinggi.

INISIATIF BANTUAN MYSALAM 2025

Untuk makluman umum, inisiatif khas bantuan MySalam ini telah dilaksanaan sejak tahun 2019 dan masih terus dilancarkan sehingga hari ini.  Dari segi manfaat, Mysalam menawarkan kadar bantuan sebanyak RM50 sehari kepada pemohon yang layak.

Bantuan ini boleh dituntut sehingga maksimum 14 hari, yang bersamaan dengan jumlah RM700. Dengan bantuan ini, golongan B40 dapat memenuhi keperluan asas mereka semasa menghadapi keadaan kesihatan yang mencabar.

Bagi individu B40 yang disahkan menghidap penyakit kronik kritikal yang tersenarai dalam mysalam, tuntutan sehingga RM8,000 sekali seumur hidup layak dibuat. Untuk dapat memanfaatkan program Mysalam, adalah penting bagi individu yang memenuhi syarat untuk mendaftar.

Proses pendaftaran adalah mudah dan cepat, dan dapat dilakukan secara dalam talian. Dengan kepastian perlindungan yang dibekalkan oleh Mysalam, golongan B40 dapat kembali fokus kepada pemulihan tanpa memikirkan isu kewangan yang membebankan.

SYARAT KELAYAKAN TUNTUTAN MYSALAM 2025

Rakyat Malaysia yang memerlukan boleh membuat tuntutan dan semakan kelayakan MySalam pada tahun ini. Antari kriteria syarat kelayakan penerima MySalam adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 18 hingga 65 tahun
  • Berstatus kategori / golongan B40
  • Pendapatan dibawah atau purata RM24,000 setahun
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.

SEMAKAN STATUS PENERIMA MYSALAM ONLINE

Kalian boleh membuat semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif khas ini secara dalam talian. Untuk cek status dan butiran selengkapnya, sila layari laman web rasmi MySalam – https://www.mysalam.com.my/mys/info/

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada penduduk. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Back to top button