MyKasih RM100 & RM200 : Bantuan Dikreditkan Jun Ini

MyKasih RM100 & RM200 adalah inisiatif bantuan dari kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membantu golongan B40 dan memerlukan. Program ini menawarkan bantuan kewangan kepada isi rumah untuk memenuhi keperluan asas.
Dengan bantuan ini, banyak keluarga dapat memperoleh barangan keperluan harian tanpa tekanan kewangan yang berlebihan.
PEMBERIAN MYKASIH RM100 & RM200 BULAN INI
Program MyKasih terbuka kepada individu dan keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Pihak kerajaan telah menetapkan kriteria kelayakan adalah penerima Sumbangan Tunai Rahmah sahaja.
Mereka yang telah berdaftar dengan sistem B40 dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh mendapatkan untuk bantuan ini. Bantuan ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ianya diberikan mengikut kelayakan penerima STR.
Dengan bantuan RM100 ini, diharapkan dapat meringankan beban kewangan dan membawa harapan kepada keluarga yang menghadapi kesukaran. Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk laman web MyKASIH 2025 atau menghubungi pusat khidmat pelanggan mereka.
KATEGORI PENERIMA MYKASIH RM100 & RM200
Untuk makluman umum, pada bulan Jun ini, kategori penerima bayaran Mykasih adalah seperti berikut ;
- Kategori isi rumah bukan miskin / B40 : RM100
- Kategori isi rumah miskin / miskin tegar : RM200
- Kategori warga emas bukan miskin / B40 : RM50
- Kategori warga emas miskin / miskin tegar : RM150
- Kategori bujang miskin / miskin tegar : RM50.
Nota : Jika anda merupakan penerima STR, semakan status bayaran boleh dilakukan melalui laman rasmi mykasih. Pada tahun ini seramai 5.4 juta penduduk Malaysia layak gunakan manfaat bantuan mykasih ini.
MAKLUMAT LANJUT
Selain mykasih, terdapat lebih banyak lagi program bantuan yang disediakan oleh kerajaan MADANI bagi menangani masalah beban kos sara hidup penduduk. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.