Permohonan BKK JKM 2025 dibuka kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan dapat bantuan sehingga RM1000 sebulan.
INISIATIF BKK JKM 2025
Program BKK atau Bantuan Kanak-Kanak ini adalah merupakan sebuah inisiatif dibawah Belanjawan 2025. Bantuan ini dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun ini.
BKK dibawah skim bantuan bulanan JKM ini disediakan bagi membantu keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai tanggungan. Kadar bayaran BKK telah dinaikkan pada tahun ini iaitu serendah RM200 seorang sebulan sehingga maksimum RM1000 sekeluarga sebulan.
Dengan adanya inisiatif bantuan seperti ini dapat meringankan beban kos keperluan asas keluarga. Pendaftaran permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun 2025.
KADAR BAYARAN BKK 2025
Mulai Ogos 2025, kadar bayaran bantuan kanak-kanak telah dikemaskini seperti berikut :
- RM200 seorang sebulan : Untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah.
- RM250 seorang sebulan : Untuk kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
- RM1000 sebulan : Maksimum bayaran untuk sekeluarga.
Bantuan ini diberikan berdasarkan bilangan tanggungan, sebagai contoh sebuah keluarga mempunyai anak seramai 3 orang berumur 6 tahun kebawah. Jumlah bayaran yang akan diterima adalah RM200 + RM200 + RM200 = RM600 sebulan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KANAK KANAK 2025
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan BKK yang telah dikemaskini bermula 1 Ogos 2025 :
- Pemohon adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Keluarga / penjaga yang memberi jagaan sepenuhnya kepada kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun sahaja.
- Pendapatan isi rumah dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata isi rumah miskin semasa atau purata per kapita semasa.
PERMOHONAN BKK JKM 2025 DIBUKA!
Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, permohonan bantuan kewangan bulanan ini boleh dikemukakan pada tahun 2025. Panduan mudah untuk memohon telah disediakan seperti di bawah :
- Mohon secara online : Layari laman portal rasmi IHSAN MADANI (BKK)
- Mohon secara manual : Hadir ke mana-mana penjabat kebajikan Daerah / Jajahan / Bahagian berdekatan tempat tinggal.
Setiap pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan semasa permohonan seperti berikut :
- Salinan mykad (pemohon).
- Borang JKM 18 (permohonan baharu).
- Salinan mykad/ mykid tanggungan anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak.
- Salinan penyata gaji / salinan akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).
- Salinan bil utiliti (alamat).
Kepada golongan keluarga yang memerlukan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan insentif bulanan secara percuma ini. Untuk lebih info berkenaan kemudahan dan bantuan yang ada sepanjang tahun ini, sila rujuk pada halaman utama!
Carianterbaru merupakan portal informasi lengkap merangkumi maklumat inisiatif kerajaan, swasta dan bantuan terkini khusus untuk rakyat Malaysia