Insentif Khas Sebanyak RM300 disediakan dibawah Program i-Suri yang merupakan satu inisiatif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan bantuan kewangan khususnya kepada golongan suri rumah.
Melalui program ini, para suri rumah akan menerima insentif berjumlah RM300 setiap bulan. Ini adalah langkah penting bagi memastikan golongan ini tidak terpinggir dalam struktur ekonomi negara.
INSENTIF KHAS SEBANYAK RM300
Untuk sedia maklum, program i-suri adalah insentif KWSP dibawah bajet Belanjawan 2025 untuk golongan wanita. I-suri adalah platform caruman secara sukarela bagi mereka yang berdaftar di dalam data (ekasih) termasuk golongan balu, suri rumah, bujang dan ibu tunggal.
Dengan adanya bantuan ini, suri rumah dapat menikmati sokongan kewangan yang lebih baik, kerana mereka sering tidak mempunyai pendapatan tetap. Program i-Suri bukan sahaja mengiktiraf sumbangan mereka dalam mengurus rumah tangga, tetapi juga membantu meningkatkan kewangan keluarga.
Selain itu, insentif ini dapat digunakan untuk pelbagai keperluan harian, seperti membeli makanan dan keperluan asas, memastikan kesejahteraan keluarga terpelihara. Pihak kerajaan memberikan bantuan khas caruman sebanyak RM300 setahun kepada mereka yang berdaftar.
PENDAFTARAN & SYARAT DAPATKAN INSENTIF KHAS RM300
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini, ia sangat mudah. Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web KWSP atau secara fizikal di pejabat KWSP terdekat.
Pastikan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan untuk layak menerima bantuan ini. Program i-Suri adalah salah satu cara untuk memberikan sokongan kepada wanita yang banyak berkorban demi keluarga dan negara.
Antara syarat-syarat asas yang telah ditetapkan adalah seperti :
- Warganegara Malaysia
- Ahli KWSP
- Berumur 55 tahun dan kebawah
- Ahli yang berdaftar dengan ekasih setakat 30 November tahun sebelum.
Kepada rakyat Malaysia yang merupakan golongan suri rumah yang berkelayakan, jangan lepaskan peluang mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Untuk panduan daftar dan rujukan maklumat lebih terperinci, sila ke laman rasmi – I-SURI KWSP 2025
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pada tahun ini kerajaan MADANI telah menyediakan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu golongan yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.