Inisiatif Duit Belanja RM1200 Untuk Pelajar IPT

Pemberian bantuan kewangan yang dikenali sebagai inisiatif duit belanja RM1200 akan disalurkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berkelayakan. Langkah ini bertujuan untuk membantu pelajar dalam menanggung kos pengajian dan kehidupan harian mereka semasa melanjutkan pelajaran di IPT seluruh Malaysia.
INISIATIF DUIT BELANJA RM1200
Bantuan berjumlah RM1200 yang akan diberikan secara one-off ini dijadualkan untuk disalurkan kepada para pelajar IPT pada bulan April ini. Bantuan ini akan memberi manfaat khususnya kepada pelajar dari Sarawak yang sedang menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Inisiatif ini adalah sebuah langkah positif untuk meringankan beban pelajar serta meningkatkan akses terhadap pendidikan berkualiti di IPT. Baru-baru ini, perkara ini telah diumumkan oleh Pengarah Yayasan Sarawak, iaitu Watson Chunggat Leonard Doo.
Dalam kenyataannya, beliau menegaskan bahawa bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan Sarawak dalam menyokong pelajar negeri Sarawak. Pemberian adalah khusus dalam situasi ekonomi yang mencabar ini.
Dengan bantuan ini, diharapkan pelajar dapat terus fokus terhadap pembelajaran mereka tanpa kebimbangan yang berlebihan tentang kewangan.
Segala maklumat terkini berkenaan bantuan kewangan, inisiatif dan pembiayaan untuk pelajar akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Untuk lebih lanjut berkenaan tawaran bantuan pendidikan yang ditawarkan kerajaan pada tahun ini, sila kunjungi laman rasmi KPM – https://www.moe.gov.my/ sebagai rujukan umum.