Am PersekutuanBANTUANJKMKebajikan dan Bantuan

Inisiatif Bantuan Am Persekutuan : RM100 – RM350 Sebulan

Inisiatif Bantuan Am Persekutuan adalah insentif bulanan yang disediakan bagi memberi manfaat kepada golongan terjejas. Pihak kerajaan menerusi Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan untuk meringankan beban rakyat, terutama kepada mereka yang memerlukan.

INISIATIF BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Salah satu bentuk bantuan yang masih dibuka kepada yang berkelayakan adalah Bantuan Am Persekutuan (BA). Program ini dirangka untuk membantu individu dan keluarga yang menghadapi kesulitan kewangan.

Melalui program Bantuan Am Persekutuan, kadar bantuan yang ditawarkan adalah antara RM100 hingga RM350 sebulan. Nilai bantuan ini ditentukan mengikut kelayakan kategori setiap pemohon.

Proses penentuan kelayakan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk status ekonomi dan tanggungan pemohon. Oleh itu, adalah penting bagi pemohon mengikuti prosedur yang ditetapkan untuk mendapatkan bantuan ini.

SYARAT KELAYAKAN INISIATIF BANTUAN AM

Pihak berwajib telah menetapkan beberapa kriteria syarat kelayakan, sila semak sebelum kemukakan permohonan :

  • Terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan semasa
  • Pemohon bukan penerima bantuan bulanan JKM yang lain.

LANGKAH CARA MOHON BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Untuk memohon Bantuan Am Persekutuan, pemohon boleh mengunjungi pejabat JKM yang berdekatan atau melalui laman web rasmi mereka. Proses permohonan biasanya melibatkan pengisian borang dan penyertaan dokumen sokongan yang diperlukan.

JKM berusaha untuk memproses permohonan dengan cepat dan efisien bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang berkelayakan dalam waktu yang singkat. Dengan adanya inisiatif ini, diharapkan lebih ramai individu dapat menerima sokongan yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan mereka.

Bagi informasi lebih terperinci dan panduan cara mohon, sila ke halaman utama – eBantuan JKM . Untuk memudahkan urusan proses semakan permohonan, pemohon wajib menyediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti salinan (IC).

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button