EPengeluaran KWSP Tahun 2024 : Untuk Kemudahan Ahli
EPengeluaran KWSP Tahun 2024 : Untuk kemudahan ahli melakukan pengeluaran melalui akaun 1 dan akaun 2 selagi menepati syarat yang ditetapkan. Untuk makluman umum, skim kemudahan epengeluaran masih disediakan pada tahun ini.
EPENGELUARAN KWSP TAHUN 2024
Kepada mereka yang terlepas pandang, sebenarnya pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menawarkan kemudahan pengeluaran khas. Pencarum yang berkelayakan boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sebahagian atau sepenuhnya melalui i-akaun KWSP.
Antara kategori pengeluaran sebahagian yang dibenarkan adalah untuk tujuan perumahan, kini semua ahli boleh memiliki rumah sendiri dengan adanya melalui KWSP. Seperti sedia maklum, rumah adalah merupakan salah satu aset utama bagi setiap individu bagi jangka masa panjang.
Terdapat 6 jenis pengeluaran KWSP untuk tujuan perumahan iaitu beli rumah, bina rumah, menyelesaikan baki pinjaman perumahan, ansuran bulanan pijaman perumahan, rumah fleksibel dan perumahan PR1MA.
Selain perumahan, terdapat jenis pengeluaran lain yang dibenarkan untuk tujuan seperti pendidikan, rawatan kesihatan, haji dan lain-lain lagi. Dengan adanya kemudahan seperti ini dapat membantu ahli membuat perancangan kewangan untuk tujuan masing-masing.
SYARAT KELAYAKAN EPENGELUARAN KWSP 2024
Syarat kelayakan adalah berbeza mengikut jenis tujuan pengeluaran, berikut adalah syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan seperti dibawah :
- Ahli KWSP
- Warganegara dan penduduk tetap
- Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun maksimum pengeluaran
- Menepati syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa (Tertakluk jenis pengeluaran)
PANDUAN DAFTAR EPENGELUARAN KWSP 2024
Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan pengeluaran khas bersyarat ini boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap dan butiran terkini telah disediakan, sila layari laman rasmi – ePengeluaran KWSP
Untuk sebarang pertanyaan atau mengetahui lebih terperinci berkenaan pengeluaran ini, sila rujuk di laman utama KWSP yang disediakan diatas.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kerajaan perpaduan melalui pelbagai agensi telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. Ini adalah merupakan sebahagian bantuan bagi membantu serta meringankan beban rakyat terutama bagi golongan yang terjejas.
Kepada yang terlepas pandang, kalian boleh lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.